Penantian Satu Penyiksaan...

Salam dears,
Dah berhari hari si kembar bagitau kawannya nak datang rumah. Dengan penuh semangat hari ni bangun awal menunggu kawan yang tak tau nak datang pukul brapa. Ntah jadi datang ke tidak pun tak tahu.


Mama nak telefon tanya, takdak nombor telefon pula. Mama ada pesan kat si kembar ni suruh bagi nombor telefon Mama kat kawan diorang tu. Tapi tak tau lah ingat ke tidak, maklumlah budak budak je kan.

Sejak kul 7 pagi tadi lagi tau si Fahmi dah berkali kali dok ulang jenguk ke luar pintu, sambil mulut ngomel bila laa kawan nak sampai.

Alahai sian plak kat anak anak Mama ni. Kalau kawannya tu tak jadi datang, mesti hampa frust menonggeng nanti tu. Hmm...betullah...penantian satu penyiksaan *sigh*


Nasib baiklah ada kembar, sekurang kurangnya ada laa geng sementara menanti kawan yang tak kunjung tiba...

Update: kawan diorang tak datang pun akhirnya. Si Fahmi sampai menangis sebab frust, sian huhuhu :-(

Labels: ,