Festival Floria DiRaja Putrajaya 2015

Salam dears,
Petang semalam Mama berkesempatan pergi ke Festival Floria DiRaja Putrajaya 2015 atau Royal Floria Putrajaya 2015 yang akan berakhir pada 7 Jun ini. Satu kunjungan yang tak dirancang. Kitorang sebenarnya on the way balik dari kampung, bila dah dekat nak masuk KL, Mama tergerak hati nak tanya Ayah nak pergi ke Floria tak? Bila Ayah kata boleh je, gumbira rasa :-)

Rupa rupanya ni dah tahun ke-8 festival Floria ni diadakan. Tapi ni lah kali pertama Mama kesana, semuanya sebab tergoda tengok gambar yang cantik cantik di instagram kawan kawan #KelabBloggerBenAshaari. Pengaruh rakan sebaya betul lah hehehe

Banyak yang menarik di Royal Floria Putrajaya 2015

Semalam kitorang sampai di Royal Floria Putrajaya 2015 di Presint 4, Putrajaya tu dalam pukul 3 petang. Cuaca panas terik masa tu. Nasib baik si kembar ada topi, lega laa skit. Tapi...dak tecik 3 orang ni meragam gak skit buat perangai nak balik cepat. Sudahnya Mama tak sempat nak pusing sampai habis seluruh Floria tu huhuhu. 

So kalau korang nak ke sana, seeloknya bawalah topi ke payung ke...dan pakai sunblock yer. Makan minum kat sana pun ada dijual, tapi kalau nak jimat boleh juga bawa bekal sendiri jer.

Harga tiket dewasa: RM5.00 (dengan MyKad) atau RM10.00 (tanpa MyKad)
 Harga tiket kanak-kanak (7-12 tahun): RM1.00 (dengan MyKad) atau RM5.00 (tanpa MyKad)
Kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah masuk percuma.

Si kembar excited nak posing kat Taman Minion ni


Cantik kan?

Cantikkk!

Si kembar teruja sangat dapat bagi rabbit makan carrot

Comel sangat design bunga matahari tu

Kreatif!

Suka sangat tengok design ni, comel!

Kreatif kan?

Gubahan buah buahan

Naga tu!

Merasa laa jap 'salji' selepas show dalam Taman Musim Sejuk hehe.
Si kembar kecoh kata sejuk sangat, padahal kejap je kat dalam tu hahaha

Overall, Mama enjoy di Royal Floria Putrajaya ni, sebab memang cantik! Terpegun gak laa tengok gubahan & design taman dalam tu. 

Cuma yang Taman Musim Sejuk & Taman Musim Bunga tu je rasa perlu diperbaiki lagi. Sebab tiket masuk kena bayar lagi RM3, pastu beratur panjang tapi cuma tengok a simple video show. Mungkin tahun depan boleh diperbaiki lagi, buat 3D ka, more lights & sound atau lebih banyak props supaya lebih menarik.  

Hmm apa pun rasa macam nak pergi lagi jer, sebab semalam si kembar dah keletihan dok ajak balik jadi banyak lagi tempat atau 'port' cantik yang Mama tak sempat nak ambik gambar terutama sekali kat taman outdoor *rugi*. 

Kalau korang peminat flora, atau pencinta kecantikan...ataupun suka bergambar...elok laa pergi sementara Royal Floria ni masih berlangsung sehingga 7 June. Sempat lagi ni ;-)

Festival Floria DiRaja Putrajaya 2015
Tarikh: 30 May - 7June 2015
Waktu buka: 9.00 pagi hingga 12.00 malam
Lokasi: Anjung Floria, Precinct 4, Putrajaya 
Website: http://www.floriaputrajaya.com.my/
Facebook: Putrajaya Floria

Labels: