Ehhh Samalah!

Salam dears,
Apa reaksi korang, bila terpakai baju atau tudung yang sama dengan orang lain? Nak nak plak masa kenduri ke event ke masa pergi keja ke, tup tup "ehhh tudung/baju kita samalah!". Adakah korang buat releks jer...atau lari 10 batu bagi tak terbertembung. Pastu ngelak tanak ambik gambar sama sama? hehe

Bagi Mama, aii buat cool jer. Dah nak terpakai yang sama, what to do ayam patuk itik sudu je lah haha. Dah beli baju/tudung tu kat kedai biasa biasa je, sah sah laa ada orang lain pun boleh beli yang sama gak kan. Lain ler kalau special order kat butik ka fashion designer ka kan? Tapi aii tak mampu nak beli yang mahal macam tu.

Hmm...sekarang ni kan Mama tengah kemaruk tudung Aidijuma, memang 'AJ Addict' in the making betul ni. Tak sampai 2 bulan tudung AJ dah lebih dari 15 helai dah ni *shopaholic*. 

Aidijuma kan the very popular, harga pun mampu milik. Jadinya memang hampir setiap hari Mama akan terserempak dengan at least sorang yang pakai tudung AJ jugak. Tapikan, bila terjumpa yang pakai AJ ni, Mama tak rasa nak lari jauh jauh 10 batu, sebaliknya rasa macam "haiii kita geng!" ;-)

Pastu kalau nampak sesapa pakai design yang Mama belum ada, dan design tu yang Mama berkenan, rasa macam nak tanya ja "juai kat aii mau ka?", boleh gitu? Memang tahap kronik dah ni! hahahaha

Cumanya kan, bila ada orang yang Mama 'tak berapa ngam' pakai tudung AJ, terasa gak lah "aisehhh nasib baik aku tak beli design tu!" hehe ;-)

Sebahagian daripada koleksi tudung Aidijuma yang Mama ada, yang lain tiada dalam gambar hehe. Camna laa nak elak daripada terserempak ngan orang lain yang pakai tudung sama kan ;-)



Labels: ,