Bila Peniaga Tersalah Hantar Barang

Salam dears,
Mama pernah jadi peniaga online atau 'online seller'. Tapi sekarang dah lemau...tak berapa nak rajin sebab kekangan masa & tuntutan tugas hakiki itu lebih utama, ecewahh ayat poyo jer hehe.

Anyways, walaupun dah lama tak berniaga online, Mama masih tetap jadi pembeli online. Suka, senang tak perlu susah susah ke kedai. Tak yah salin baju, tepek bedak, harung jalan jam, pusing cari parking etc etc. Duduk depan pc ngan rambut serabai pun takpa, just klik klik order, klik klik bayar. Esok lusa barang sampai. Pastu rasa macam dapat hadiah. Padahal beli sendiri hahaha

Tapi...yang tak bestnya bila barang yang sampai tu bukan benda yang di order. Tambahan plak, bila barang tu sebenarnya kawan kita yang punya, kongsi order ramai ramai. Dan kita lah yang recommend kat kawan kita tu *sigh*

Bila ditanya pada online seller tu, katanya kalau nak tukar boleh, cuma kena pos balik kat dia. Bila pos balik ke seller, siapa yang kena keluarkan duit tanggung postage cost? So tanya lah kat seller tu, malangnya banyak hari senyap je. Message 'read', tapi tak berjawab. 

Hmm takkan sebab peniaga yang salah hantar barang, pembeli kena keluarkan duit & spent time untuk pergi pos balik barang tu ke seller kan? Rugi laaa pembeli tu, macam kena 'denda' plak, padahal bukan salah pembeli. 

So hari ni hantar whatsapp & tanya lagi skali. Lepas berjam jam dah 'read', yang dijawabnya cuma "boleh". Errr boleh apa? Boleh tukar & dia tanggung cost postage pergi-balik ke? Atau boleh tukar tapi pos tanggung sendiri ke camna? Hmm rasa cam tak ikhlas je dia menjawab tu. Serius frust! Dan malas dah nak bertanya apa apa lagi. Yang pasti, tak kan beli dari dia dah.

Teringat masa Mama berniaga dulu, Mama pun pernah juga tersalah hantar barang. Tapi bila pembeli nak tukar, Mama akan tanggung semua kos pengeposan semula. Mama tanggung kos pembeli untuk pos barang kepada Mama, pastu Mama tanggung kos untuk pos barang yang baru kat dia. Atau kalau dia tak nak pos balik, Mama akan bagi diskaun & refund duit dia skit.

Sebab tersalah hantar barang bukan salah pembeli! Lain lah kalau pembeli tu saja je sukati mintak nak tukar barang, atau nak kembalikan barang sebab tak berkenan kan? Itu lain lah...

Hmm...jangan lah terlalu 'berkira' sangat dengan customer anda ye. Sebab 'word of mouth' ni sangat penting bagi online seller. Banyak lagi online seller yang baik & boleh dipercayai, so kalau anda tak pandai jaga hati customer anda, lebih baik customer beli dari seller lain saja, ye tak?


Labels: