Best Ke Aidijuma?

Salam dears,
Dah lama Mama tak pakai tudung bawal. Rasanya kali terakhir pakai ialah sebelum lahirkan si kembar 3 ni kot, dah tujuh tahun tu. Tapi bila kawan kawan asyik dok bercakap pasal tudung bawal Aidijuma ni, timbul rasa ingin tahu laa juga - best sangat ke Aidijuma ni? Pastu...'terusik' skit gak laa nafsu nak mencuba tudung Aidijuma hehehe.

Jadi bila ada kedai Aidijuma baru buka dekat ngan ofis Mama, apa lagi...laju laju laa pegi tengok. Mula mula pegi tu, rasa macam....ehhh apa yang best sangatnya, nampak biasa je. Tapi...kali kedua pergi, tup tup ada yang terbekenan plak hahaha.  Biasa laa pompuan, lawatan semula ke satu kedai tu walaupun kali pertama pergi tak berkenan, adalah perkara biasa kan, kan? hahaha

Aidijuma ni ada beberapa kategori atau label - White Label, Pink Label, Blue Label, Green Label dan Black Label. Kalau ada label lain, aii dunno. Dari pengamatan Mama (chewah!), setiap label berlainan harga sebab jenis material/kain yang digunakan tu berbeza kualiti. Yang White Label paling murah, materialnya sedikit keras & nipis/jarang. Pink Label tebal skit tapi masih agak 'keras'. Yang Black Label paling mahal, jadi kainnya sedap, lembut & sejuk ja. 

Disebabkan Mama baru pertama kali nak mencuba pakai tudung bawal sejak dah bertahun tak pakai, Mama beli sehelai Pink Label je dulu, RM14 saja. Masa tu pikir kalau tak pandai or tak suka pakai pun, tak lah terasa rugi sangat kan ;-)

Bawal Aidijuma
Aidijuma ku yang pertama ;-)

Tapikan...sekarang ni rasa macam nak pi beli lagi jer. Tiba tiba rasa macam suka jer...macam ok plak pakai Aidijuma, sebab kainnya jenis yang mudah dibentuk. Coraknya pun comel comel juga. Patut laa ramai yang suka Aidijuma ni yer. 

Hmm...pasni nak mengGoogle cari tutorial cara pakai Aidijuma lah. Kalau nak beli lagi, elok laa tau camna nak mempelbagaikan gaya pakainya kan? Mana laa tau, kot kot leh jadi lawa cam Datin Norjuma tu ke kan? Bhahaha! *berangan*

Labels: