Shopping Hijab di Hijabey 2015!

Salam dears,
Petang semalam Mama sempat pergi bershopping di Hijabey2015 di IDCC Shah Alam, yang merupakan lokasi pertama dalam siri Roadshow Pameran Hijab & Kecantikan Hijabey2015 ni. 

Best woo macam macam fesyen hijab & jubah ada, dijual pada harga promosi & diskaun plak tu, mana tak meroyan aii kat situ bhahaha! 


Hijabey2015 di IDCC Shah Alam ni berlangsung dari 3-5 April 2015, dari jam 9 pagi hingga 10 malam. So hari ni masih sempat untuk uolls terjah & bershopping sakan, yay! 


Haa pasal parking tak perlu risau, parking free & banyak. Nak senang, naik park kat tingkat 6. Ok lah tak yah cerita panjang, kita layan pics jer senang....


Bila sampai, register dulu tau

Macam macam program ada.

Senarai booth yang ada di Hijabey2015

Diantara booth yang ada

Taktau nak pilih yang mana satu, dua dua cantik!

I jumpa Encik Mimpi uolls! Encik Mimpi jual cookies tau. Sapa nak rasa pi Hijabey2015 cepat! 


Cantiknyaaaa Anita Baharom ni! Jumpa di booth Anita di Hijabey2015


Tergoda tengok kulit Anita Baharom yang flawless, Mama pun terrrbeli foundation Juwita tu. Kot kot pasni jadi ayu gitu jugak bhahaha!

Sapa suka instant shawl? *saya!saya!*

Adikku yang pandai shopping hehe. Jumaat dah datang Hijabey2015 ni, smalam pergi lagi sebab nak repeat beli instant shawl 


Tengok laa harga tu, murah kan? Mana laa tak meroyan nak memborong!

Comei comeinya hijab pins ni kan

Penangan Aidijuma...ramainyaaaa!

Cantik cantik... hanya di Hijabey2015

Pemeriksaan kulit percuma pun ada...

Mama tapau moist choc cake tu, sedap!

Sempat berposing dengan owner@redvioletclst (kanan) dan @cintahawacouture (kiri). Cantik cantik baju sutera @redvioletclst tu. @cintahawacouture pula menyediakan koleksi tudung labuh & jubah yang solat ready. Dapatkan di @hijabey2015


Posing kat sini pun cantik. Siap dengan print RM10 saja


Sempat rembat shawls, choc moist cake, hijab pin & foundation.
Pergi sebagai blogger, balik sebagai shopper.
Yes, aii pandai shopping! hehehe


Orang Penang & Kelantan bersedialah yer, Hijabey2015 akan kesana pula!

Hijabey2015 Roadshow Pameran Hijab & Kecantikan
Tarikh: 3-5 April 2015 
Waktu: 9 pagi - 10 malam
Lokasi: IDCC, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

Tarikh: 29-31 May 2015 

Lokasi: Sunway Carnival Convention Centre, Penang

Tarikh: 21-23 August 2015

Lokasi: Kelantan Trade Centre

Website: www.hijabey.com
Instagram: @hijabey2015
Facebook: Hijabey 2015

Labels: , ,