Pergi Terapi Pun Kena GST!

Salam dears,
Semalam kitorang bawa si kembar 3 pergi sesi terapi diorang...terapi cara kerja. Siapa yang tatau cerita boleh baca SINI yer.

Masa sampai tu terus laa pergi register macam biasa. Tapi masa nak bayar tu terasa ehhhh agak luar biasa skit. Sebab biasanya bayar RM60 untuk 3 orang, tup tup pegawai kat kaunter tu mintak RM63.60....terasa ehh apakah? Kenapa naik harga plak? Owhh aii terforgot now everything also got GST! Iyer iyer patut tau sekarang semuanya GST, tapi rasa terkujat tu masih ada huhuhu

Dan disebabkan masa tu tengah rushing, Mama pun tak perasan bunting besar bagak diletak sebelah kaunter tu pasal dah kena GST ni. Aiyorrkkk saya mau bawa anak anak anak saya buat terapi...mau belajar bagi pandai pun kena GST juga kaa? Nangissss *sob*sob*

Benda benda terapi ni semua bukan boleh pergi sekali terus baik. Memang kena berulang kali! Si kembar 3 ni nasib baik sekarang hanya sebulan sekali terapi cara kerja. Dulu sebulan 4 kali tau terapi (2 terapi cara kerja + 2 pertuturan). Bayangkan orang lain yang terpaksa berulang alik lebih kerap ke hospital...berapa banyak 'kenaikan' diorang kena bayar sebab GST ni?

Hmm Mama pergi tu hospital kerajaan je, aii tak mampu nak bayar terapi mahal mahal kat hospital swasta. Tapi kalau terapi di hospital kerajaan pun dah naik harga camni, kesian laa kat orang yang lebih susah. Tau tau je lah, kebanyakan yang pergi hospital kerajaan tu rakyat marhaen macam kita ni je laa kan. 

Kalau kerja kat company yang ada sediakan group insurance pun, benda benda pemulihan cam terapi ni insuran tak cover kan. Nak tak nak, terpaksa bayar je laa...

Melainkan...hmm...masak sendiri...ehhhh buat terapi sendiri je lah kat umah! Tapi aii bukan pakar terapi. Ok lah ok lah, nanti Mama Google je lah camna nak jadi pakar terapi. Nak pergi kursus formal kang ada GST plak. Ehh..jap..jap...alat bantuan untuk buat terapi tu kena GST tak? Nak beli ni nak buat terapi sendiri kat umah huhu

Pstt...kalau GST yang dikenakan tu disalurkan untuk kenaikan gaji juru terapi kat hospital tu, Mama redha. Tapi...bila gaji orang lain yang naik dulu...haishhh! *sigh*

Labels: