Masalah Orang Perempuan Ke Ni?

Salam dears,
Pernah tak bila nak pergi ke mana mana, salah satu benda paling penting yang korang pikirkan ialah - apa aku nak pakai? Kadang kadang seminggu sebelum tu pun dah mula pikir pasal tu dah.

Haaa kalau korang camtu, kita serupa! *high five*. Rasanya kebanyakan orang pompuan memang camni kot? Ye lah...nak kena tengok kesesuaian pakaian dengan tempat yang nak pergi tu, jenis majlisnya, apa aktiviti yang akan dibuat. 

Pastu kena pilih nak pakai baju jenis apa - baju kurung ke jubah ke seluar ke. Kalau seluar...hmm seluar slacks ke seluar jeans ehh? Dah pilih jenis baju, kena pilih nak pakai tudung apa pula.


Haishhh kalau boleh pakai uniform kemana mana kan ke senang! Tapikan...even uniform pun boleh jadi pening gak nak memilih tudung. Macam Mama ni bila pakai t-shirt Kelab Blogger Ben Ashaari, confirm akan pikir bab nak pakai tudung yang mana?

Nak pakai warna hitam ke merah ehh? Bila dah decide tudung merah, dok pilih plak nak pakai instant shawl kaa wide shawl kaa bawal kaa half moon? Ishhh banyak nya pilihan!

Bila tanya pendapat Ayah (sambil tayang 2 helai tudung), Ayah jawab "dua dua ok, sebab nampak samaaaa jaa!". Haippp mana ada sama! Satu warna merah, lagi satu maroon! Satu half moon, satu instant shawl! Tu pun tatau beza ka? Haishhhh men! *sigh* ;-)

Hmm disebabkan masalah ni lah, Mama selalu end up dok ulang pakai benda yang sama je. Sebab pilih punya pilih punya pilih punya pilih...tudung & baju & seluar tu juga yang cantik dimata, berkenan dihati ku ini hahaha!


funny-woman-shopping-failure-cartoon
Been there ;-)

Labels: