KBBA Blogger's Day Out!

Salam dears,
Tak sabar! Seriously Mama tak sabarrrr nak tunggu tibanya hujung minggu ni. Sebab hari Ahad 26 April 2015 ni kitorang sekeluarga akan join gathering Kelab Blogger Ben Ashaari di KBBA Blogger's Day Out! Yahooo! *joget*joget*


KBBA Blogger's Day Out adalah aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team KBBA sendiri, dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Actually sebelum ni Mama sendiri tak tahu ada Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) ni. Tapi bila dok mengGoogle tengok pics, rasa laaa ruginya selama ni tak tau tempat ni wujud! Sebab nampak best sangat macam macam aktiviti riadah boleh buat kat situ. Nak bawa family pun sesuai, nak beriadah ngan kawan kawan sesuai, nak buat company event pun sesuai.

KKTTC ni terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia dan telah wujud sejak tahun 2006. Ada banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range, gelanggang tennis, paintball, sirkit go-kart, kolam mandi, gelanggang futsal, gymnasium, studio menari, gelanggang badminton, squash, dan basketball. Boleh juga membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Haaa bagi sesiapa yang nak cari tempat untuk majlis perkahwinan, KTTCC ni amatlah bersesuaian sangat sebab keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung. Catering pun boleh terus ditempah disini. Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC @kelabkomuniticyberjaya.



Ohh by the way, masa KBBA Blogger's Day Out ni nanti, seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf, badminton, paintball dan go-kart. Tapi game tu semua bukan game biasa tau, akan diubah konsep supaya lebih menarik & mencabar! Hmm nak tau camna, korang kena laa datang tengok sendiri. 

Yeszaaa...korang semua dijemput hadir & memeriahkan KBBA Blogger's Day Out ni. Tapi memandangkan ni kali pertama KBBA buat event besar camni, hanya ahli KBBA yang dah dafter jer boleh join main games tu semua. 

Tapi mai laa...mai laa ramai ramai join jadi tukang sorak! Mai laa tengok para bloggers KBBA menunjukkan bakat bersukan plak. Bukan sekadar blogger hokey ;-) Ishhh tak sabarnya aii nak jadi pom pom girl...ehhh? hahaha!

Terima kasih berjuta juta lemon kepada penaja rasmi KBDO 2015 ni:

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my.

Labels: