Camna Nak Jawab?

Salam dears,
Korang pernah tak, bila orang tanya soalan, korang rasa macam erkkk camna nak jawab eh? Golongan mak pak mesti selalu alami, bila anak anak tanya soalan cepumas yang menyebabkan garu kepala nak jawab, kan? 

Hmm hari tu Mama sefamili pergi kenduri, dapatlah door gift ni.....

Rasanya ni benda biasalah orang bagi masa kenduri kan? 

Tapi, yang buat Mama terblur kejap bila si Faris dengan muka penuh tulus ikhlas bertanya:

Faris: Mama, ni pasu kan Mama?
Mama: Iyer, pasu hiasan.
Faris: Pasu untuk tanam pokok kan Mama? 
Mama: Aa ahh betul.
Faris: Kenapa pasu ni tak ada pokok, Mama?
Mama: Owhh tu pasu hiasan je, pengantin bagi hadiah kat kita sebab pergi kenduri.
Faris: Tapi kenapa dia bagi pasu kosong je, pokok mana?
Mama: Tu pasu hiasan je laa.. kecik...mana leh tanam pokok.
Faris: Tapi tadi Mama kata pasu untuk tanam pokok?
Mama: Errkkk...tadi kita dapat cookies juga, Faris nak makan cookies? 

Terus aii tukar topik, mengelat tanak jawab dah hahaha! Hmm agaknya kalau dia tengok aiskrim pasu...lagi banyak soal jawabnya kot? 

"Kenapa orang makan aiskrim dalam pasu ni Mama? Bukan pasu untuk tanam pokok ke?"....camtu lah agaknya soalan si Faris nanti kot hehehe. 

By the way, kenapa ye? Kenapa orang nak makan aiskrim dalam pasu? Mangkuk kan ada? hahaha ;-)

Labels: ,