Bila Anak Kembar Masuk Hospital (Part 2)

Salam dears,
Cari punya cari, akhirnya jumpa juga pics ni....

Camni lah rupanya bila tiga tiga orang masuk wad serentak.

Masa si kembar 3 ni kecil dulu, selalunya kitorang akan bawa ke Hospital Pantai Cheras. Sebab syarikat tempat Mama & Ayah kerja ada sediakan kemudahan group insurance. Jadi dapatlah bawa ke hospital swasta.

Kebiasaanya bila warded, nurses akan tolong 'renovate' bilik yang paling besar kat wad pediatrik tu untuk masukkan 3 katil dalam 1 bilik. Dengan tong nebuliser ke apa segala mak nenek yang perlulah, nurse akan susun dalam 1 bilik untuk memudahkan kitorang. 

Dan Alhamdulillah juga, kitorang dapat bantuan & sokongan daripada keluarga terutama sekali both our parents. Sanggup datang berulang alik untuk bergilir gilir ngan Mama & Ayah untuk jaga si kembar. 

Ingat lagi, biasanya the first 2, 3 days Mama akan ambil cuti dan jaga sendiri si kembar ni. Tapi bila dah nampak macam ok skit, Mama akan 'pass baton' kat parents Mama pula. Terpaksa...sebab Mama ni kerja makan gaji, jadi bila dah lama tak masuk office tu...faham faham saja lah kan...

Waktu siang Opah Wan/Atuk Nenek jaga, malam lepas kerja Mama & Ayah pula akan jaga. Masa Mama & Ayah pergi kerja tu dah bawak siap siap baju ofis yang dah siap di iron. Tinggalkan/gantung dalam kereta. Balik kerja terus gerak ke hospital & 'tukar shift' dengan my parents. 

Tidur? Kalau anak dah beramai ramai masuk wad, sebab pnemonia/asma/semput plak tu...memang tak tidur laa jawabnya. Pernah kena bagi gas nebuliser setiap 2 jam sekali untuk setiap seorang. So 3 orang? Memang confirm laa tak tido hehe

Hmmm...bila dikenang balik semua ni, rasa bersyukur sangat sangat sebab kami berjaya hadapinya & si kembar 3 pun dah besar. Dah darjah 1 dah anak anak anak aii ni! Syukur Alhamdulillah. Moga Allah akan terus kurniakan kesihatan yang baik kepada Fahmi, Faris & Fauzi. Amin...

Labels: ,