Baju Melayu Hipster?

Salam dears,
Baru semalam Mama dapat tau tentang kewujudan Baju Melayu Hipster ni. Sebab kebetulan dalam group Whatsapp semalam ada yang bukak cerita.

10
(pics from Google)

Pertama kali Mama tengok gambar Baju Melayu Hipster ni terus terasa macam....kenapa baju melayu jadi camni plak dah? Lagi dibelek gambar tu, lagi rasa macam errr...macam pakai legging pun ada gak tu hehe. Mungkin sebab material kain yang digunakan atau mungkin dalam gambar je camtu, in real life lain & nampak lebih cantik kot?

Yang ni pula...errr...baju Melayu ke ni?
16
(pics from Google)
Hmm...tepuk dada, tanya selera. 
Kalau suka, pakai je lah.

Tapi yang pastinya, pada pandangan mata Mama yang tak pandai bab bab fesyen ni, baju Melayu yang biasa lebih nampak segak & bergaya.

(pic from Google)
Timeless. Evergreen.

Kena plak yang pakai tu tall, dark & handsome...
aduhhh bisa bikin jantung ku dup dap dup dap gitu!
 Ewahhh mak budak ni, gatai! hahaha ;-)

Korang plak suka yang mana?

Labels: ,