Tau Tak...

Salam dears,
Fuhhh dah banyak hari blog tak berupdate ehh.. Mama ada je & Alhamdulillah kitorang sekeluarga sihat sihat je. Cuma...hmm ada laa something happened at the office yang menyebabkan semangat nak bercerita kat blog kureng skit. Aii setakat memunculkan diri kat Instagram jer. Haa kalau sudi, meh laa follow Instagram Mama cari je @mamakembartiga. Ehh terpromote plak hahaha ;-)

Anyways...since dah banyak hari tak bercerita tentang si kembar 3, hari ni nak stori skit pasal perangai terkini Fahmi si taiko sulung. Kebelakangan ni, kalau dia nak bercerita sesuatu kat kita, dia akan mulakan ayat dia dengan "tau tak". Contohnya "Mama, tau tak tadi kat sekolah bla bla bla...", "tau tak kawan Fahmi kan bla bla blaa...". Haa camtu lah lebih kurang. Mama dah cuba terangkan kat dia, tak semua ayat kita kena mulakan dengan "tau tak". But, dia still guna jugak. 

So ada sekali tu, bila dia bukak je cerita dengan "Mama, tau tak...", terus Mama jawab "tak tau!". Saja nak nyakat dia. Tup tup itu budak sudah sentap! Sampai nangis nangis ko hahaha. Adehhh laa anak, cepat pulak dia sentap hehe.

Alalala sentap pulak anak aii nih hahaha

Beria ia dia nangis masa tu tau. Lama dia merajuk, jenuh gak nak memujuk. Hmm ok lah Fahmi, lenkali Mama tak usik dah. Err ye ke tanak usik dah? Sekali sekala mengusik anak ni syiok jugak sebenarnya kan hehe ;-)


Labels: ,