Memilih!

(Note: Re-post due to accidentally deleted earlier post)

Salam dears,
Hmm anak teruna aii 3 orang ni kan, makin  besar makin banyak kerenahnya tau. Dah pandai demand...memilih nak pakai apa!

Alkisahnya pagi tadi kitorang nak pergi kenduri. So awal awal pagi lagi Mama bangun seterika baju Melayu untuk si kembar pakai. Baju Melayu si kembar ni ada 2 color jer - purple dan gold. And pagi tadi Mama iron yang color gold tu.

Tup tup si kembar ni tanak pakai! Sehati sejiwa sepakat mintak nak pakai baju melayu color purple! Adehhh penat penat aii iron color gold diorang tanak pakai? *sigh*

Tak pasal pasal Mama kena kelam kabut seterika balik 5 pasang baju! Sebabnya nak sedondon sefamily kan, ngan Mama Ayah pun kena lah iron balik baju yang sama color huhuhu

Tapikan....punya laa nak pakai yang color purple tu sampaikan lepas mandi sanggup pakat berlenggeng pakai spender je sementara tunggu Mama iron baju purple hokeh! Kelakar jugak tengok diorang masa tu hehehe

Hmm anak ohh anak....sabar je lah nak melayan kerenah anak anak ni kan :-)


Encem tak kitorang pakai baju purple ni? ;-)

Sedapnya makan nasi kenduri, yummeh!

Labels: