2 Hari Yang Hilang

Salam dears,
Last weekend Mama pergi berkursus. Balik je dari kursus hari Ahad petang Mama terus tak sihat - demam, muntah muntah & cirit birit. Teruk, sampai badan rasa lemah sangat, lembik. Doc buat blood test, bukan denggi, Alhamdulillah lega. Maybe food poisoning je kot.

Tapi punya teruknya lah sampaikan dari petang Ahad hingga lah semalam, terasa macam 'lost' tatau apa yang terjadi kat sekeliling. Yang tau, asyik dok ulang alik ke toilet, pastu makan ubat, pastu tido, pastu ulang alik ke toilet lagi. Betul betul 2.5 hari yang 'hilang' gitu. Nasib baik anak anak semua Ayah dapat uruskan.

Hari ni baru lah rasa lega skit, macam dapat 'nyawa' skit. Dapatlah jenguk blog, layan whatsapp and instagram. Tapi...kepala macam ting tong skit, tak leh berdiri lama nanti rasa nak rebah huhu. Ni menaip skit ni pun dah rasa fenin fenin balik nih. 

Perut pun still rasa macam cramp, skali skala pedih menyucuk nyucuk. Ni laa kot orang perut macam '2nd hand' je, pantang silap makan skit, sakitnya macam teruk sangat huhuhu.

Hmm dah 3 hari tak bekerja ni, hopefully I'll be back at work tomorrow. Banyaknya kerja menanti ku kat opis tu huwaaa.....

Anyways...nak tepek pic si kembar 3 buat penawar rindu...kot kot laa ada yang rindu dak encem 3 orang ni kan ;-)

Penglipur lara...
Mama suh posing cute cute, depa buat pose camtu..haishh!

Bila diuji dengan sakit & rasa 'lost' camni, teringat kata-kata Ustaz Nasib, penceramah di kursus tu, MASA ADALAH KEHIDUPAN. Yup, hargai setiap detik sebab ianya takkan dapat berulang kembali. 

Labels: