Pastikan Anak Tahu Nombor Telefon Anda!

Salam dears,
Masa Mama bawak si kembar 3 jumpa pakar perkembangan kanak-kanak untuk follow-up assessment a few months ago, ada 2 perkara yang pakar kata budak budak seusia si kembar ni seeloknya kena tahu.

1. Nama ibu bapa. Yang ni Mama lulus. Masa pakar tanya si kembar, Alhamdulillah diorang dapat jawab. Walaupun tak tau nama penuh, tapi bila ditanya sapa nama Mama? Diorang boleh jawab Mama Hanani! Pakar kata ada sesetengah kanak-kanak, sampai umur 6-7 tahun pun bila ditanya, masih jawab "nama mak saya mak!" Hehehe

2. Nombor telefon ibu bapa. Pakar kata seeloknya ajar anak hafal nombor telefon kita, agar kalau terjadi apa apa contohnya terpisah masa kat shopping mall ke, senang untuk orang nak hubungi kita. Bila anak dah start kenal nombor je, dah boleh pelan pelan ajar. Hmm benda ni Mama gagal! Sebabnya tak pernah terlintas nak ajar, sampai lah pakar tu tegur. Siap kena jeling lagi dengan pakar tu tau *malu*

So lepas tu Mama terus ajar si kembar. Caranya Mama tulis nombor telefon Mama atas sekeping kecil kertas & bagi sorang satu. Suruh simpan dalam poket. Kejap kejap Mama suruh kluarkan kertas tu dan tanya diorang apa nombor telefon Mama? Seharian Mama buat camtu, esoknya semua dah boleh hafal dah.

Pastu sampai sekarang, from time to time, Mama akan tanya setiap seorang apa nombor telefon Mama? Alhamdulillah, diorang memang dah boleh ingat.

Tapi...camna nak guna telefon je blum ajar lagi. Pernah cuba dulu but end up di delete nya nombor dalam handphone ni uhuk uhuk. Hmm so that's next on my 'training list' :-)

p/s - dalam beg sekolah diorang pun Mama ada selitkan no. tel Mama Ayah, just in case perlu...

Labels: , ,