Kena Buli?

Salam dears,
Benda ni jadi minggu lepas, tapi Mama masih terngiang ngiang, teringat ingat. Risau.

Ceritanya camni. Malam Selasa ke Rabu yang lepas, si Fahmi bukak cerita. Katanya masa dia ke tandas di sekolah, ada sorang abang ni tumbuk perut dia! Katanya abang yang 'pakai baju ambulan' (persatuan bulan sabit merah kot) tiba tiba je datang tolak dia ke dinding, cekik leher & tumbuk perut dia! 

Kata Fahmi, lepas kena tumbuk tu dia balik ke kelas & bagitau cikgu. Tapi tak dapat nak buat apa pun, sebab 'abang baju ambulan' tu dah beredar dari tandas. Dan Fahmi tak kenal siapa budak tu, jadi memang susah lah nak cari kan.

Si Faris pun mengiyakan cerita tu. Kata Faris kebetulan dia baru nak masuk ke tandas masa tu & dari pintu tandas dia nampak 'abang pakai baju ambulan' tu tumbuk Fahmi. Tapikan...Faris terus lari balik ke kelas. Bila ditanya kenapa tak tolong Fahmi? Dijawabnya "Faris takut! Faris terus lari balik kelas, duduk buat keja." Tak bagitau cikgu? "Tak, Faris takut". Adehhh *sigh*

Macam nak luruh jantung Mama masa dengar cerita tu tau! Rasa terkejut, sentap, sedih & risau! Risau kalau nanti budak tu datang pukul atau buli si kembar 3 ni lagi. Haishhh kenapa laa ada budak yang nakal camtu kat sekolah???

Nak buat aduan kat cikgu, tak kenal sapa budak tu. Baru pertama kali terjadi. Jadi Mama Ayah pesan berkali kali kat si kembar 3 ni, lain kali kalau ada orang datang kacau, nak pukul camtu, cepat cepat jerit mintak tolong. Kalau boleh larikan diri & terus panggil cikgu. Mama suruh ingat muka budak tu, dan elakkan diri agar jangan tersepit dalam situasi yang sama lagi. 

Sebenarnya...Mama tak tau nak nasihat si kembar 3 ni camna. Nak suruh lawan balik ke? Nak suruh pukul balik ke? Err...Mama tak nak anak anak Mama jadi 'kaki gaduh', tapi...at the same time I want them to be able to protect themselves, jangan jadi penakut. Ada masa masanya perlu melawan jugak kan? 

Adeh...seriously, Mama tatau apa pesanan terbaik untuk bagitau si kembar ni. Korang ada pengalaman tak? What should I do???

Alhamdulillah setakat ni perkara tu tak berulang lagi. Tiap hari balik sekolah je Mama akan tanya, ada orang kacau tak? Ada orang pukul tak? Setiap kali si kembar jawab tak ada, Mama rasa lega. Tapi, kerisauan tu masih bersarang di hati ni haaa..

Hmm mintak mintak tak kan terjadi lagi lah perkara macam ni. Moga moga Fahmi, Faris & Fauzi akan sentiasa dilindungi-Nya dan dijauhkan daripada segala perkara yang tak diingini, Amin...

Buah hati, pengarang jantung Mama

Labels: ,