Kecewa Dengan Servis GDEX!

Salam dears,
Mama ada beli barang online, seller deliver guna GDEX. Dah more than a week. Dok tunggu tak sampai sampai, so check status online...rupa rupanya barang dah sampai HQ GDEX sejak 31 Jan lagi.

Hmm oklah 31 tu Sabtu, 1hb Ahad, 2hb wilayah cuti (Mama guna address ofis di KL), 3hb pun public holiday. So expect semalam 4hb barang patutnya sampai lah kan.

Tunggu punya tunggu sampai lah ke petang, takdak jugak. Check online tracking status tulis 'others'. Apa kebendanya maksud others tu? Barang rosak ke apa? Apsal tak deliver lagi?

So Mama call lah GDEX. Punya lah susah nak dapat, asyik enganged memanjang atau tak berjawab. Bila finally dapat cakap, budak yang jawab tu macam tatau nak cakap kenapa belum hantar, nak check dulu katanya. Dia letak line 'on hold' punyalah lama lebih dari 5 minit kot! Mama tak leh nak on hold lama camtu, so letak phone and call balik.

Kali ke-2 call, dapat cakap dengan staff lain plak (again, after many times of trying). This time dia bagi alasan disebabkan barang tu fragile & mudah pecah, so tak leh hantar ngan lori. Kena special arrangement hantar guna van and dia kata akan hantar esok (i.e. today).

Tup tup pastu dia call balik cakap "ohhh barang ni kita tak dapat nak deliver sebab alamat tak lengkap". Huh? Alamat tak lengkap plak dah. Tadi bagi alasan lain. Hmm ok lah whatever, bagi je lah lagi skali my address. Janji hantar barang tu.

So hari ni dari pagi Mama dok menunggu, mana lah parcel ku tak sampai sampai lagi. Risau nye pasal, dalam kul 3 petang Mama call GDEX tanya kul brapa nak sampai?

Punya lah hangin Mama rasa bila dia kata something like this "ohh barang masih kat sini, tak dapat nak hantar hari ni lah. Sebab kita ada banyak lagi barang lain nak dispatch". Pastu dia kata "kalau nak cepat, maybe akak boleh datang ambil sendiri". 

Adehh hangin jugak Mama dengar tu, tapi nasib baiklah staff tu bercakap dengan nada sopan, so Mama bersabar gak lah. Kalau cakap kasar, maunya aii jadi raksaksa gorgon mengamuk kat tepon tu kot hehehe

Hmm smalam cakap nak hantar hari ni, tup tup hari ni cakap tak leh hantar sebab banyak lagi barang lain nak kena hantar? Aiseh nak tunggu diorang free baru leh hantar barang kita ke? Kita guna courier service sebab nak cepat! Apa makna courier servis kalau tak boleh deliver on time?!!

Disebabkan I need the item urgently, Mama mintak Ayah tolong pergi ambik kat office GDEX. Tak pasal pasal Ayah kena drive all the way from Bangi to PJ. Bila tengok kat parcel tu, ok je my address yang seller tu lekat. Maknanya memang dari awal alamat Mama tu betul & patut boleh deliver. Haishhh geramnya rasa!

Seriously, Mama rasa hanginnn sangat ni dengan GDEX! Sebelum ni pun pernah ada bad experience dah, tapi barang company lah. Urgent document dihantar lambat, alasannya sama - banyak barang lain so tak dak despatch. Ayah plak crita, pernah dokumen hilang! *sigh*

Pasni seboleh bolehnya Mama tanak guna GDEX dah! Kalau beli barang online pun nak bagitau the seller, please deliver using other courier service. 

Hmm apa apa pun, Alhamdulillah dapat jugak barang tu in good condition, lega. Err tu je lah sesi meluahkan perasaan aii yer. Sekian, terima kasih ;-)

Labels: