Bila Tukang Masak Tak Sihat

Salam dears,
Balik kerja hari Jumaat lepas, Mama dah singgah beli barang dapur, ayam, ikan etc etc. Plan nak masak sedap sedap skit lah kununnya untuk anak anak dihujung minggu ni.

Tapi bila badan tak sihat & tak larat sangat nak masak, akhirnya hidang nasik & ikan goreng je lah kat anak anak :-(

Menu yang sangat simple.
Macam ni lah bila 'tukang masak' tak sihat kan?
Asalkan boleh makan, Alhamdulillah

Smalam pun, masak spaghetti jer. Simple & cepat siap. Nasib baik lah si kembar ni memang jenis yang makan simple simple je, tak perlu nak masak 2, 3 jenis lauk bagai.

Hmm dah a few days Mama tak berapa sihat ni. Selsema, demam & sakit kepala. Jumaat dah rasa ok skit. Tapi skarang rasa cam demam balik.

Si kembar pun dah start batuk batuk tu. Harap harap tak berjangkit kat diorang lah...

Labels: