Berkongsi Bekal Makanan...

Salam dears,
Pagi tadi Mama gorengkan nuggets, buat bekal si kembar 3. Dalam dok berkira kira berapa ketul nugget nak bagi setiap sorang, teringat plak crita si kembar minggu lepas. Terus decide biar bagi lebih kot kot nanti ada kawan yang nak kongsi makan.

Yup, minggu lepas ada beberapa kali si kembar berkongsi bekal yang dibawa dengan kawan kawan diorang. Biasalah budak budak kan, walau ada makanan sendiri, makanan dalam pinggan/bekas orang lain jugak yang nampak best...walaupun setakat nugget cicah mayonis jer hehehe.

Yang buat Mama tersenyum simpul, bila si kembar cerita ada sorang budak darjah 2 yang diorang tak kenal pun datang kongsi makan sama sama. Mula mula Mama rasa nak marah juga, buli ambik makanan anak aku ke apa? Tapi lepas tu rasa nak tergelak bila dengan muka kehairanan si Faris kata "dia nak bagi duit kat Faris, Mama! Kenapa dia nak bagi duit kat Faris? Faris bukan uncle!".

Mama rasa uncle yang dia maksudkan ialah uncle kantin kot hehe. Dan mungkin budak tu malas nak beratur beli makanan & bila dia tengok si kembar makan bertiga, dia datang join skali la kot...mungkin?

Lepas tu dengan muka simpati Faris kata "mama dia tak bagi bekal pun kat dia tau, sian dia". Alahai...time tu Mama terasa...hmm biarlah bekal yang simple, tapi anak anak hargai & ada 'kesan' dalam hati anak rupanya :-)

Lagipun seronok juga dengar diorang bercerita berkongsi & bertukar tukar makan bekal dengan kawan kawan. Cuma Mama pesan, jangan lah bagi semua kat kawan kawan sampai diri sendiri tak makan tau.

Hmm Mama memang tiap hari siapkan bekal, tapi very simple things je - nuggets, roti bun, muffin, kek etc etc. Nak goreng nasi ke mee ke tak terbuat lagi, sebab asyik kelam kabut je pagi pagi hehe. Air plak Mama siapkan sirap sorang sebotol.

Setakat ni memang tiap tiap hari balik bekal & air semua habis. So tak kisahlah kalau bekal yang dibawa tu simple je & yang bukan masak sendiri pun (i.e. roti bun, muffin). Tapi rasa puas, sekurang kurangnya ada & diorang tak yah berebut beratur nak membeli makanan :-)

Labels: ,