Baru Tahu Penangan Instagram!

Salam dears,
Sebelum ni Mama jarang guna Instagram, akaun instagram pun baru je bukak November tahun lepas. Sebabnya dulu Mama guna handphone Blackberry Bold 9900, tepon tu bukan android phone. Nak view instagram kena guna client for Insta, which is Webstagram jer. Hmm memang kurang syiok & tak berapa feel laa... 

Tapi baru baru ni ada rezeki tukar ke handphone android. Apa lagi, memang dengan gumbiranyalah boleh view Instagram setiap hari sesuka hati aii jer hehe. Tambah plak dengan sifat cik kiah yang menebal dalam diri ni kan, memang kejap kejap bukak Insta nak tengok apa orang lain post. Kalau boleh tiap 30.5 saat kot nak bukak Instagram hahaha

Hmm hari ni dia makan apa ye? Pakai baju apa ye? Dia jalan jalan ke mana ye? Orang kan suka post semua tu dalam Insta, kita pun naik syiok tengok. Especially Instagram kawan kawan #kelabbloggerbenashaari. Banyak pics yang cantik menarik tertarik dalam insta diorang tau.

Lagi satu yang buat Mama suka tengok Instagram ni ialah kebanyakkan pics & video yang orang post/upload adalah benda benda yang positif, yang feel good (dalam insta yang Mama follow lah). Takdelah macam kat Facebook, yang mana kadang kadang tu status yang diupdate beraura negatif, berbaur fitnah even. And yang tinggalkan komen pun, ada sesetengah yang jadi 'stone fire'. Adehhh tak paham lah aii... 


Ehh ehhh dah melalut ke lain plak, padahal nak cakap pasal penangan Instagram ni je pun hahaha ;-)

But serious, rasa cam addicted plak ngan Instagram wokeh. Sampai kan tak pernah pernah habis data 1GB ni, tup tup dapat 'nota cinta' suh purchase additional data volume uhuk uhuk! *hancur*

Okeh...akhir kata, jom ler kita follow memfollow kat Instagram yer. Cari jer @mamakembartiga



Labels: ,