Salam dears,
Kadang kala sebagai blogger, akan ada masa kita rasa macam kurang semangat nak update blog. Cerita dan idea ada, tapi semangat nak menulis tu yang tak ada. Nak bukak blog update entry pun terasa malas yang amat! Rasanya blogger lain pun ada alami perkara ni kot? Ke Mama sorang je eh? *malu*
Anyways, bila semangat berblog kelaut, ada beberapa perkara yang Mama akan buat untuk naikkan balik semangat untuk menulis blog. Tatau laa untuk blogger lain sama atau tidak, tapi ni lah benda yang Mama buat...
- Blogwalking ke blog-blog yang kita suka dan baca segala coretan diorang. Kadang kadang bila baca blog orang lain, kita akan turut rasa teruja kan? InsyaAllah daripada situ boleh naikkan balik semangat untuk berblog.
- Sertai komuniti blogger. Kat Facebook & Google+ ada banyak komuniti blogger yang korang boleh join. Bila tengok ramai bloggers lain yang kerap ping entry terbaru blog diorang, rasa tercabar pun ada, rasa bersemangat kembali pun ada. For myself personally, Mama banyak dapatkan aura & semangat nak berblog daripada rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari, diorang memang terbaik! :-)
- Jadikan blogger popular atau blogger yang aktif sebagai sumber rujukan & inspirasi. Bila kita tengok pencapaian diorang, take it positively & motivate ourselves to be just as good. Seriously, masa tengok Ben Ashaari dapat ke Paris hasil daripada berblog, Mama rasa both jealous & inspired. Kalau dia boleh, kenapa kita tak boleh? Yang penting, mesti usaha! Betul tak kawan kawan? ;-)
- Mama juga akan baca blog sendiri. Yes, Mama akan baca balik entry yang dulu dulu. Terutama sekali cerita tentang anak anak kesayangan Mama nih. Sambil baca sambil mengimbau kenangan lalu gitu. And confirm hatiku akan berkata "nasib baik aku tulis semua ni kat blog, jadi kenangan. Bila diorang dah besar nanti, dah tak buat dah semua ni...". Haa camtu lah lebih kurang monolog dengan diri sendiri hehehe...
- Lagi satu, Mama juga baca balik komen-komen yang readers tinggal kan kat blog ni. Ramai readers yang berkongsi pendapat, tips, nasihat & kata-kata dorongan dengan Mama. Banyak yang dapat Mama ambil sebagai panduan dalam membesarkan anak anak. So rasa rugi plak kalau tak berblog, sebab akan 'kehilangan' semua tu. Terima kasih berjuta juta lemon kat korang semua, muahhhh! :-)
- Sentiasa ingat tentang sudut positif blog. For me, Mama anggap blog ni sebagai salah satu medium untuk berkongsi maklumat. Sejak berblog, Mama banyak juga dapat e-mail daripada readers yang bertanya & mintak kongsi pengalaman terutama sekali tentang penjagaan anak kembar, tentang speech delay & trying to conceive (TTC). Itu semua buat Mama rasa..hmm apa yang Mama kongsi kan di blog ni mungkin boleh membawa manfaat & boleh membantu orang lain. Kalaupun sekadar untuk naikkan semangat mereka yang lambat dapat zuriat, ianya dah cukup untuk buat Mama rasa berbaloi berblog.
Hmm tu je laa kot tips yang dapat Mama kongsikan. Moga moga berguna untuk korang juga, InsyaAllah :-)
Labels: rants and ravings, tips blogging