Tips Elak Anak Bergaduh

Salam dears,
Si kembar 3 ni makin hari makin kuat bergaduh sesama sendiri plak rasanya. 3 minit elok main sama sama, 3 minit gaduh....3 minit elok, 3 minit gaduh...3 minit elok , 3 minit gaduh! Haaa camtu laa kot, haishhh! 

Rasanya biasa laa kan, adik beradik bergaduh sama sendiri. Tapi tu laaa, boleh bikin my blood go upstairs! Pening kepala Mama tau bila kejap kejap orang ni nangis, jap lagi yang lain plak nangis. Dah laa gaduh ganas kemain siap bertendang bertumbuk bagai. Episod tarik rambut hantuk kepala kedinding pun ada tau huhuhu

Diantara perkara yang Mama akan buat bila si kembar 3 ni bergaduh ialah Mama cuba pisahkan atau jauhkan diorang sekejap. Kira bagi 'time out' laa gitu - suruh sorang dok hujung sini, sorang dok hujung sana, sorang masuk bilik. Nangis nangis diorang kalau kena time out camtu, pastu baik lah kejap.  Tapi tulah, baiknya kejappp jer. Bila diorang 'terlupa' pasal hukuman time-out tu, start gaduh balik *sigh*

So Mama pikir, mesti ada cara lain kan, untuk elakkan anak-anak bergaduh. As usual, Mama tanya lah Pakcik Google and this are some of the things that I found:

1) Doa Menghalang Anak Bergaduh (source)
Amalkan membaca surah Al-Fatihah dan selawat untuk menghalang anak-anak dari bergaduh. Ini diikuti dengan dengan bacaan surah al-Insyirah sebanyak tujuh kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah Ali-Imran serta doa berikut :

"Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim "

Selepas itu hembus kedalam air untuk di beri minum kepada anak. Boleh juga dibaca dan dihembus pada ubun-ubun anak setiap malam.

2) Bacakan Ayat Kursi (source)
Biasakan membaca ayat Qursi di telinga anak-anak, setiap kali baca, baca sebanyak 7 kali. Biasakan amalan ini, ketika anak-anak sedang mahu melelapkan mata. InsyaAllah, anak-anak akan sentiasa baik-baik sahaja. 

InsyaAllah, Mama nak cuba amalkan untuk si kembar 3, moga moga berkesan.


Time baik boleh ler pegang pegang tangan camni, time gaduh? huhuhu
Kalau sentiasa baik baik camni kan best *doa*

Labels: , ,