Terpaksa Beli Buku Teks Darjah 1

Salam dears,
Masa pegi sesi Taklimat Tahun 1 di sekolah si kembar 3 hari tu, kitorang dah ambik semua buku teks jugak. Yup, buku teks semua dapat free jer. Masa ambik hari tu, Mama tak belek betul betul setiap satu buku tu, sebab dah diikat dalam bundle. 

Jumaat lepas masa dok balut buku baru prasan ada beberapa buah buku yang Mama rasa macam...ermm...teruklah, dah lunyai terkoyak sana sini. Well, buku free kan, tak leh laa nak expect buku baru yang cantik berseri. Lagipun, buku budak Darjah 1 yang guna, budak kecik camtu mana laa nak pandai jaga buku elok elok kan. Si kembar 3 ni punya  buku pun ntah apa rupa laa akhir tahun nanti...

Buku Teks
Kiri - buku English, front cover totally gone.
Kanan - buku Matematik, back cover & few pages gone!

Buku Teks
Lagi satu buku English, pages kat dalam pun ada yang koyak.

Bila tengok buku-buku ni, si Faris tanya "kenapa buku ni tak cantik ni? Kenapa rosak?" pastu muka macam konpius kata nak masuk sekolah baru tapi apsal buku lama gitu hehe. 

Disebabkan tak sampai hati nak bagi si kembar 3 guna buku camni & sebab harga buku ni masih dalam kategori mampu milik, kitorang decide untuk beli je yang baru. So smalam dah Mama beli online dari SINI. Dah sudah bayar semua baru terpikir, ehh ntah ntah kat kedai buku sekolah pun ada jual hahaha *kaki online shopping memang camni*

Mama beli 9 buah buku - 3 each untuk buku Bahasa Malaysia, English & Matematik. Actually untuk buku Matematik tu, perlukan 1 jer sebab lagi 2 yang sekolah bagi tu condition not so bad. Tapi sebab harganya cuma RM5.80 je sebuah, Mama belilah 3 terus, biar adil semua dapat buku baru. Moga-moga bila dapat buku baru yang elok, si kembar 3 ni akan lebih bersemangat nak belajar, InsyaAllah. Lagipun, Mama rasa tak rugi sebab nanti bagi je lah kat sekolah, boleh budak lain guna next year :-)

By the way, ni senarai buku teks Tahun 1 dan harganya, kot kot sesapa nak buat rujukan:
Hmm ni rujukan untuk Mama gak ni, sebab kalau buku teks hilang, kena ganti balik. Hopefully takdak laa yang hilang & rosak teruk dikerjakan si kembar 3 ni nanti kan...

*nervous nya nak start sekolah esok, gulppp!*

Labels: , , ,