Si Kembar 3 Kena Sambung Terapi Cara Kerja

Salam dears,
Pada 19 Disember yang lepas, si kembar 3 ni pegi buat sesi penilaian dengan pakar perkembangan kanak-kanak. Yes, walaupun dah 'graduate' & tak yah pegi speech theraphy, diorang masih kena jumpa pakar kanak-kanak dari masa ke semasa untuk pantau perkembangan diorang.

Masa penilaian tu, si kembar 3 disuruh buat a few tests. Kena melukis, menulis, membaca & soal jawab. Hasilnya, doktor kata Fahmi & Fauzi boleh melukis sesuai dengan umur diorang 6 tahun lebih (tapi tahun ni dah masuk darjah 1 laa). 

terapi cara kerja
Fahmi lukis lengan ada muscle lagi tu hehe

terapi cara kerja
Fauzi lukis Mama & Fauzi. Serabutnya rambut aii hahaha

Faris plak lukis orang lidi jer, tapi mungkin gak sebab masa tu dia distracted dengar Fahmi Fauzi dok bising main kat luar so dia buat lukisan cincai je nak cepat. Sebabnya kat umah Mama tegok dia pandai je lukis, macam dia lukis Mama princess dulu tu kan. Yang bestnya, bila doctor highlight benda ni, Mama releks je jawab "saya sampai skarang pun lukis orang lidi je doc!". Doktor cuma mampu gelak jer lah hahahah


terapi cara kerja
Our family, semua kurus jer ;-)


Daripada segi membaca & mengira plak, yang asas diorang ok. Kenal semua nombor & huruf. Cumanya si kembar ni ada tulis huruf terbalik (i.e. mirror image) terutamanya si Fahmi. Doktor kata untuk umur 6 tahun lebih ni, tak lah merisaukan sangat. Tapi perlu dipantau just in case it is dyslexia. Kalau sampai umur 7 tahun nanti pun masih banyak tulis huruf terbalik, mungkin perlu hantar ke pusat dislexia.

terapi cara kerja
Banyak gak yang terbalik / mirror image.

terapi cara kerja
Ujian untuk fine motor skills. 
Bila corak yang complicated skit, kurang berjaya ikut.


Buat masa sekarang ni, doktor cadangkan mula balik buat terapi cara kerja /occupational therapy (OT). Tujuannya untuk meningkatkan lagi kemahiran motor halus diorang (fine motor skills), attention level dan ajar teknik membaca & menulis yang betul. All 3 of them have to do OT.  Kat umah pun doc suh cuba buat latihan untuk improve fine motor skills jugak. So...bermula lah semula sesi terapi kitorang yer...here we go! :-)

Apa apa pun, overall perkembangan si kembar ni ok. Diorang nya tahap pertuturan (speech) pun "tak laa teruk" kata doktor. Cuma ada certain areas yang perlu dipantau supaya dapat cepat kesan kalau kalau ada masalah lain. Because in child development, early intervention is very important. InsyaAllah, si kembar 3 ni will be fine & continue to improve! Amin.

Labels: , ,