Petua Bila Muntah & Cirit Birit

Salam dears,
Si Faris tak sihat ni, muntah muntah. Pagi tadi masa hantar ke taska, dia ok je. Tapi tengah hari tadi tetiba cikgu taska call bagitau Faris dah banyak kali muntah, badan pun panas! Cikgu dah mandikan dia berkali kali untuk turunkan suhu. Tapi cikgu risau sebab dia asyik muntah. Terus Mama tak senang duduk, mintak kat bos nak balik! 

Sebelum tu Mama dah call mintak my mom-in-law (MIL) tolong ambik & bawak Faris ke klinik dulu. Sebab risau kan, budak budak ni kalau muntah tu cepat je dehydrated. Nasib baik lah duduk dekat ngan umah MIL, boleh jugak mintak tolong sementara Mama nak balik dari ofis.

Bila Mama sampai tadi, tengok dia lembik jer...tak bermaya. Dia still muntah lagi masa tu, bout 7-8 times gak laa dia muntah. Most probably due to food poisoning. But now, Alhamdulillah nampak dia lega skit, lena tidur. Ubat tahan muntah Mama tak bagi pun lagi, tapi Mama bagi dia minum Vitagen.

Tu yang teringat nak share petua ngan korang ni, sebab setakat ni Mama amalkan Alhamdulillah menjadi. Kalau muntah & cirit birit, elok lah minum susu berkultur. Sebab dalam tu ada probiotik or good bacterias yang boleh membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus (source). Biasanya Mama beli Vitagen, Yakult atau Nutrigen.  And Mama bagi dalam 2 to 3 bottles a day. 


petua muntah
Nasib baik dia memang suka minum Vitagen...

petua muntah
Sian anak Mama...tido ngan beg plastik sebab takut muntah lagi

Biasanya lepas bagi minum tu, memang akan muntah & cirit birit lagi. Tapi tak lama. Ikut pengalaman Mama, dalam masa beberapa jam je dah boleh reda. But this depends on the severity of the case laa kan. Kalau still tak dak improvement, jangan laa dok tunggu lagi, cepat cepat pi jumpa doktor tau. Lebih lebih lagi untuk budak kecik, kena take extra precaution wokeh? 

Ohhh by the way, for babies, better check ngan doktor dulu samada boleh bagi ke tidak ye. Aii is bukan doktor ;-)

*doakan Faris cepat sihat yer. Thanks!*

Labels: , ,