Wednesday, January 7, 2015

Merayu Minta Duit...

Salam dears,
Hari Sabtu lepas si kembar 3 pegi umah nenek diorang. Nek Nyang bagi RM1 setiap sorang, buat beli aiskrim katanya. Bila balik umah, Mama suh letak duit tu kat meja, or bagi Mama pegangkan, simpan supaya tak hilang.

But of course si kembar ni tanak bagi, diusung kehulu kehilir. Berkali kali Mama mintak, tanak bagi jugak. Ok fine, sukati koranglah. Kalau hilang, jangan mintak suh Mama Ayah ganti duit tu. Masing masing pun ngaku "ok, tak mintak, tak hilangnya duit ni". Konpiden je jawab...chehhhh!

Hmm pagi Isnin sebelum ke taska, pakat dok mencari duit yang ntah kemana. Si Fauzi jumpa, si Faris & Fahmi plak dok kenen mintak duit daripada Mama Ayah. Nope, duit dah hilang, tiada ganti. Pasrah laa si Fahmi & Faris...

Pagi Selasa, sebelum ke taska ntah camna si Faris terjumpa duit. Happy laa dia. Si Fahmi dengan muka menagih simpati tanya Mama Ayah, boleh bagi duit kat Fahmi tak? Again, the answer is no! Dah bagi hilang duit, tiada ganti. Full stop.

Pagi tadi, si Fahmi mencuba nasib lagi. Masa Ayah mandi, si Fahmi berdiri depan pintu bilik air sambil dok pujuk rayu, Ayah boleh bagi Fahmi duit tak? Berkali kali mintak. Sebelum tu dia dah mintak kat Mama dah, and I said no...sapa suh bagi hilang, ingat duit senang dapat ke?

But...Ayah akhirnya bagi juga. Sian, tak sampai hati ler tu tengok anak dah berhari hari merayu mintak duit. Tapi sambil Ayah bagi duit tu, Mama bagi pesanan penaja "jaga duit elok elok! Lain kali hilang, Mama Ayah tanak ganti. Faham?" Raksaksa gorgon yang garang gitu. Padahal dalam hati "alahai siannya anak aku"... hehe ;-)

Hmmm...yup nilai duit tu tak besar mana, seringgit je kan. But I wanted to teach them the value of money, nak diorang faham bahawasanya bukan senang nak dapat duit!

Masa kecik kecik ni ye laaa boleh dapat duit orang bagi, dah besar nanti bukannya ada orang nak sesuka bagi duit kat korang dah. And kalau ada duit, jaga...simpan elok elok. Jangan ingat ohhh takpa, kalau hilang mintak je Mama Ayah atau orang lain gantikan duit. No..no..no! Life is not that easy. Nak duit, you have to earn it wokeh? :-)

8 comments:

  1. bebudak mmg cenggitu kan? bila kita suruh simpan terus, ada je alasan..siap konpiden duit tu dorang pegang tak hilang..tuptup pgi main sana sini, pastu duit dah ntah kemana ;p

    betul2, kna ajar menghargai nilai duit, walaupun 10sen :)

    ReplyDelete
  2. alolo siannya kena marah. hahah. kita dulu pun kalau dapat duit hajat besar sangat nak pegang sendiri :D

    ReplyDelete
  3. betul tu... sy pun sama macam tu....mahu anak2 tau bukan senang nak dapatkan sesuatu....

    ReplyDelete
  4. betul tu mama..budak-budak kene ajar sejak kecil lagi walaupun duit tu tak banyak mana

    ReplyDelete
  5. Betul tu mama kembar... nak kena ajar start dari kecil.. nanti dia org x menghargainya... lagilah klu anak yg senang dpt apa yg dia org nak ...

    ReplyDelete
  6. Good learning to them... lagi pun kalau hlg kite ganti nnti diorang x rasa tgjwb nak jaga brg diorang bebaik... kannn...

    ReplyDelete
  7. Ank saya yg nk msk thn 1 dok sibuk mntk duit siling nk bwk msk dlm tabung...pffftttt...cakapla kat dia..kena duit yg ummi bg br blh simpan.xblh mntk2..haru

    ReplyDelete
  8. betul tu tindakan mama. insy aAllah moga si kembar 3 jadi anak yg soleh semuanya.

    ReplyDelete