Kalau Anak Lambat Bercakap, Kena Jumpa Doktor Ke?

Salam dears,
Mama perasan among my friends, selalu gak ada yang timbulkan persoalan atau kerisauan tentang anak diorang yang lambat bercakap. Respon yang diterima biasanya mixed, ada yang kata don't worry too much, nanti pandai laa tu. Ada yang kata get help fast & bawak jumpa doktor pakar perkembangan kanak-kanak (child development specialist). 

Betul, lain anak lain tahap perkembangannya. Ada kanak-kanak yang 'late starters' & boleh tiba tiba secara spontan terus pandai bercakap. Tapi, ada kanak-kanak yang memang hadapi masalah pertuturan (speech delay) yang perlukan intervensi awal.

Oleh itu, parents kena prihatin dengan tahap perkembangan anak anak. Monitor betul betul agar dapat cepat kesan sekiranya ada masalah lambat bercakap ni. Jangan ambil mudah sebab ianya boleh timbulkan masalah pembelajaran juga nanti. Kanak-kanak yang lambat bercakap ni, boleh hadapi masalah tumpuan dalam kelas, yang kemudiannya menyumbang kepada masalah ingatan. It can also effect their self-confidence & social interactions.

From my own experience, Mama cadangkan kalau korang rasa macam 'something not right' & risau anak korang mungkin menghadapi masalah pertuturan, then better dapatkan pandangan daripada pakar. Lebih lebih lagi kalau anak korang dah berumur 2 tahun, tapi perkataan yang diorang boleh sebut tak sampai 20 perkataan

Mama start bawak si kembar 3 ni ke terapi masa umur diorang 3 tahun. Walaupun sekarang percakapan diorang dah banyak improved, tapi kalau dibandingkan dengan kanak-kanak seusia diorang...hmm...masih ada laa yang kurang lancar & sebutan yang pelat. Susunan ayat pun blum cukup 'perfect'. But Alhamdulillah, tak lah teruk sangat & boleh laa paham apa yang diorang cakap.

Mama akui kadangkala timbul rasa sedikit kesal & pikir yang I should have started earlier - I should have acted when they reached 2 years old! Because 1 year makes a big difference in child development. And I should have done more, should have spent more time to teach them...ini kadang kadang nak spent 15 minutes pun susah *nanges*. 

But, what's done is done. Bersyukur sangat at least we did not wait too long, sekurang-kurangnya Mama & Ayah dah buat sesuatu & Alhamdulillah, nampak perkembangan positifnya, syukur. Sekarang ni si kembar 3 dah tak perlu pegi speech therapy, tapi diorang kena start balik terapi cara kerja. Why? Err tu nanti Mama crita dalam entry lain yer. 

So, my suggestion for parents out there yang masih dok berkira kira nak bawak anak jumpa pakar atau tidak, follow your instinct & go. Bak kata Pn. Ruby, a speech therapist, jangan ambil risiko! 

Kalau anak dah melepasi umur kritikal tapi masih tak boleh bercakap, time tu nak buat camna? Kalau start terapi pun, penerimaannya mungkin kurang & kemungkinan terapi tu untuk berjaya juga berkurang. Mama cadangkan korang bacalah blog Pn. Ruby ni, banyak maklumat berguna dalam blog dia.

Anyways, kalau pakar kata there's nothing wrong then ok good, at least tenang lah hati. Tapi kalau pakar kata kena buat sesuatu untuk bantu anak, maka buat lah. Because in child development, early intervention is very, very important! 

Lagipun dalam membesarkan anak-anak, tiada istilah usaha yang sia-sia kan? You (and your child) have got nothing to loose, but everything to gain, InsyaAllah :-)

Labels: , ,