Iktibar dari Kisah di Stesen Minyak & Mesin ATM

Salam dears,
Recently when I opened my Facebook, ada 2 cerita yang melintas kat 'wall' yang agak terkesan kat hati ni. Dua cerita yang boleh dijadikan pengajaran untuk Mama & mungkin juga para pembaca blog ni... 

Pertama - cerita tentang sorang kakak ni, yang terbayar lebih masa isi minyak keta & lebihan minyak tu dia sedekahkan kat sorang penunggang motor. The guy (si pengunggang motor) bersungguh sungguh ucapkan terima kasih kat kakak tu. Sebabnya the guy belum dapat gaji & duit yang ada hanyalah RM10. 

Sepanjang perjalanan the guy dok pikir kalau isi minyak RM3, yang tinggal hanya RM7. Dia tawakal, dia berserah je pada Allah. Rupa-rupanya Allah nak bagi dia rezeki dapat minyak free pada hari tu. 

Yang akak tu pulak, tak pernah pernah dia singgah ke stesyen minyak tu, hari tu dia tergerak untuk ke situ. Selalunya dia isi minyak bayar guna kad debit, tapi hari tu dia masuk bayar guna cash RM50, yang turns out to be terlebih bayar. Jadi ada lebihan untuk dia sedekahkan kepada orang yang sedang memerlukan. (source dari sini)

See...itu semua dah ditakdirkan Allah. Berserah, yakin & tawakal pada Dia, InsyaAllah Dia aturkan yang terbaik untuk kita. Allah knows best. 



20130426-120005 AM.jpg
(pic from google)

Kedua - cerita daripada facebook kawan Mama sendiri. Cerita bagaimana dalam semasa dia berbaris nak masukkan duit di cash deposit mesin, dia 'menjenguk' skit untuk melihat orang didepannya yang dah lama sangat dok try nak masukkan duit. Walau berkali kali gagal, tapi masih diteruskan, dicuba juga walaupun tahu ramai yang beratur, walau ada 'suara suara resah' sudah kedengaran di belakangnya.

Hmmm...Mama nak ceritakan semula, nanti hilang feel, nah Mama copy paste nukilan kawan Mama tu untuk korang baca sendiri:

"Fikir sy, apala lambat sgt...sy intai, transaksinya tidak juga bjaya.

Fikir sy, klu dah x dpt..buat je la setakat boleh..klu x dpt, sudah2la tu..ramai ni sedang menunggu.
Tapi dlm sy resah dan bengang menunggu, Allah gerakkan hati. Sy ke dpn sedikit, melihat muka saya...budak muda itu dgn muka bersalah meminta maaf dgn sy.."maaf kak..."

Saat itu br sy terfikir..."Allah, sungguh2 budak ini cuba nak masuk duit...duit direject bkali2..masih juga mencuba..." Memikirkan duit sy keluarkan byk utk urusan lain, saya tawarkan diri..."nak akak tolong? Akak tukar dgn duit akak ye..." 

Budak itu hampir nk menangis rupanya..."boleh kak?"

"Nk masuk duit ke mana?"tanya saya.

Dihulurkan telefonnya. 
Hanya telefon buruk.
Yg org skrg tak pakai lg.
Nokia 3210 kira saya.
Dan di telefon itu tertera "Akaun Abah" dan nombornya.

Allahu...sy tahan air mata menitik.


Sungguh2 beliau nk masukkan duit.

Berkali2 direject, dicuba lagi berkali2.
Tidak bganjak walau org ramai menunggu.
Mungkin itu sahaja duit yg ada.
Mungkin tiada lagi duit lain utk dicucuk.
Mungkin tidak tahu bagaimana perlu dicari duit ganti.
Mungkin kerana tiada siapa yg mampu membantu.
Kata saya "Akak tukar dgn duit akak ye.." 
Fikir saya..takpela, pakai saje duit aku...klu duit dia aku tak boleh guna lepas ni, aku ada duit lain lagi..dia mungkin takde.

Selepas selesai, berkali2 diucap terima kasih sambil matanya berkaca.

Dan aku selesai urusan, masuk ke keta terus menangis.

Cakapku pada suami..."Abg, lepas ni klu tunggu org buat urusan kt mesin lama sangkut..jgn cepat marah...kita tak tahu kalau itu sahaja duit yg dia ada..."
(copy paste dari sini)

Sungguh...rasa macam ada pisau tikam ke hati je masa baca cerita tu. Sebabnya...Mama lah tu, yang slalu cepat jer nak hilang sabar bila ada orang depan yang lama sangat buat urusan kat atm ke bank ke masa beli tiket ke apa ke *malu*. 

Kena ambil iktibar daripada cerita diatas. Don't be too quick to judge people's actions, coz we don't know their story. Kena belajar untuk lebih sabar & understanding lepas ni, InsyaAllah. 



(pic from google)


Labels: