Salam dears,
Masa si kembar 3 ni baby, Mama tiap hari mandikan diorang guna air suam. Err actually sejak umur 3 bulan sampailah 6 bulan lebih pula, Mama dah tak bagi mandi pun. Sekadar lap badan guna air suam & basuh part part yang patut saja. Sebabnya Masa umur 3 bulan diorang kena pnemonia, quite bad sampai masuk NICU. Jadi tak berani nak mandikan sebab takut semput.
Anyways, sebenarnya nak cerita tentang mandikan bayi guna air suam tu. Rasanya ramai parents yang buat kan? But buat sebab ikut pesanan daripada orang tua ataupun sebab pikir kesian baby mandi air sejuk, tanpa mengetahui sebab sebenar kenapa kena mandikan bayi guna air suam, kan? *Mama lah tu hehe*
Well...lepas baca artikel dari blog Dr Zubaidi ni baru Mama tahu bahawa rupa rupanya bahaya kalau mandikan bayi guna air sejuk. Boleh menyebabkan kematian!
Mengikut kata Dr Zubaidi, bayi berusia enam bulan kebawah sebaiknya dimandikan dengan air suam untuk elakkan bayi daripada terkena hiportemia.
Hiportemia ni satu keadaan dimana suhu tubuh turun secara mengejut sebab kulit bayi masih terlampau nipis. Keadaan hiportermia tu boleh menyebabkan bayi lupa cara bernafas & ini sangat berbahaya kepada bayi!
Sebaiknya bayi dibawah usia enam bulan dimandikan dengan air bersuhu 29-30 darjah celcius, sebab suhu tersebut dianggap cukup selesa bagi kulit & paru paru bayi. Baca artikel penuh di SINI.
So please take note yer, berhati hati semasa nak mandikan bayi tau. Air tu jangan lah terlalu sejuk, atau terlalu panas. Pastikan korang cuba try test dulu air tu, rasa suam elok ke tak sebelum mandikan bayi dengan air tu tau. Better be safe than sorry dears....
Labels: tips