Si Kembar 3 Pegi Wall Climbing

Salam dears,
Kalau korang duduk dekat ngan area Putrajaya, dan korang ada anak yang suka memanjat, apa kata korang bawak anak anak korang ke Taman Cabaran di Presint 5 Putrajaya ni? Konpem anak korang happy. Sebabnya ada satu bilik khas untuk wall climbing kanak-kanak. Biliknya tak lah besar mana, tapi ok laa sebab free, yahoo! hehe

Si kembar 3 ni dah pegi dah a few weeks ago. Memang enjoy habis laaa dak tecik 3 orang ni kat sana. Masuk je bilik tu tak sempat kata apa semua dah berdesup pi panjat dinding hehe. Almost 1.5 hours dok naik turun, naik turun wall climbing tanpa jemu tau. Nah Mama tepek banyak banyak pics diorang wall climbing, skali skala feeling feeling Spiderman gitu ;-)

wall climbing
Posing dulu sebelum aktiviti panjat memanjat bermula

wall climbing
Dinding hijau ni paling tinggi, sampai je semua terus aim yang ni

wall climbing
Memula Ayah tak brapa confident nak biar diorang panjat sendiri, so dia pun naik skali. Nasib baik laa tak lekang batu-batu kat dinding tu hehe

wall climbing
Dinding biru ni yang paling rendah, sesuai for smaller kids

wall climbing
Si Fauzi yang happy dapat panjat memanjat tanpa ditempik oleh raksaksa gorgon hehe

wall climbing
Panjat...jangan tak panjat

wall climbing
Anak anak memanjat, mak bapak melepak ;-)
Lantai padded macam tilam, so tak yah risau sangat.

wall climbing
Spiderman kembar sedang kusyuk memanjat 

Yang dinding oren ni si kembar tak berjaya nak panjat, asyik terlepas jer

wall climbing
 Dah penat panjat, take a break & golek golek seround dua

wall climbing
Posing di puncak gunung hehe

wall climbing
Yang ni area wall climbing untuk orang dewasa. 
Tinggi woooo....ada brani?? hehe

Sejak pegi wall climbing ni, si kembar 3 almost everyday dok ajak nak pegi lagi. Skit skit.."Mama, kita nak pegi panjat dinding tu!". Dah ketagih wall climbing ler tu hehe. InsyaAllah, nanti kita pegi lagi ye sayang :-)

Labels: , ,