Jom Bantu Mangsa Banjir!

Salam dears,
Sesapa yang nak buat sumbangan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, tapi tak tau nak salurkan kot mana, maybe boleh bagi melalui CikSiti Bawal CtRedzuan ni. Kalau tak silap Mama, dia & suaminya edarkan bekalan makan kepada penduduk di Pasir Pekan.

By the way, dia & suaminya orang biasa biasa je yer, tak dak kepentingan politik. Mereka sekadar sukarelawan persendirian yang membantu dengan ikhlas. Mama kenal dia secara online dah bertahun lamanya. Dah biasa beli barang barang daripada dia. Moga moga sumbangan anda akan sampai kepada mereka yang memerlukan, InsyaAllah.

Jom lah kita pun sama sama membantu setakat yang boleh. Bak kata CikSiti "Sikit2 pun takpa sbb kita sama bg bantuan..klu rm2 boleh beli sardin.. rm3 blh beli susu tin.. ". Betulkan? 

Nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat akaun Facebook dia:  https://www.facebook.com/ctredzuan




Labels: