Salam dears,
Hari tu Mama ada dapat jemputan untuk menulis satu artikel untuk column baru yang akan diterbitkan dalam majalah Pa&Ma bulan Januari 2015 nanti. Alhamdulillah walaupun ketaq lutut kecut perut tak tau camna nak tulis artikel tu, Mama berjaya jugak siapkan mengikut deadline yang ditetapkan.
Lepas dah submit tu risau gak kalau kalau apa yang Mama tulis tak menepati apa yang diorang nak, kot kot lah karangan Mama ni merapu cam standard budak sekolah rendah jer kan hehehe. Since lepas submit tu diorang takde mintak tambah or ubah apa apa, Mama rasa lega laa jugak pikir ok laa kot apa yang Mama tulis tu.
Tup tup hari Isnin lepas dapat pulak whatsapp dari reporter majalah Pa&Ma tu, katanya editor nak Mama menulis lagi satu artikel untuk bulan Februari pulak. Errr...adakah ini bermaksud karangan hari tu dah cukup ok? So diorang mintak tulis lagi? Ececehhh terprasan pulak hahahah *masuk bakul angkat sendiri*
Seriously, Mama rasa happy...ermm orang kata 'berbesar hati' lah, bila dapat jemputan untuk menulis dalam majalah Pa&Ma ni. Bukan sebab nak glamer wokeh. Tapi sebab 1st - Mama memang suka majalah ni, banyak infor berguna dalam tu. Masa Mama pregnant & si kembar masih baby dulu, majalah ni lah salah satu sumber rujukan Mama.
2nd - gembira diberi peluang untuk berkongsi pengalaman sendiri dengan para pembaca Pa&Ma. Mana tau, apa yang Mama tulis boleh membawa manfaat kepada other parents out there kan? Tambahan pula topik yang diberi tu memang topik yang very close to my heart. I will try my best untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca, InsyaAllah :-)
Labels: Pa&Ma, rants and ravings