Wednesday, December 3, 2014

Jangan Jadi Atuk Nenek

Salam dears,
Dah beberapa hari si Fauzi dok cakap "Mama Ayah jangan jadi atuk nenek tau, jangan jadi atuk tau!". Cara dia cakap tu pulak, dengan nada sedih mendayu dayu, pleading...

Memula Mama tak paham jugak, apa yang dia maksudkan tu. But, I understood after he said this last nite - "Mama jangan jadi atuk tau, nanti lepas jadi atuk...masuk kubur.... Fauzi sayang Mama"...pastu dia datang peluk Mama & bergenang air mata dia.

Bila ditanya kenapa dia cakap camtu, rupa rupanya kat taska dia ada tengok drama, crita mak ayah budak ni dari muda jadi tua (jadi atuk). Lepas tu atuk tu meninggal (masuk kubur). Agaknya si Fauzi ni terkesan sangat dengan crita tu, sampai takut 'kehilangan' Mama & Ayah.

Owhhh syahdu betul rasa hati bila dia cakap & buat camtu. Sedih :-( *sob*sob*.

Untuk pujuk dia, Mama cakap tak lah, Mama Ayah muda lagi lah. Tapi...hmm...ntah lah. Muda atau tua, ajal itu boleh tiba pada bila bila masa.

Mama cuma mampu berdoa moga Allah panjangkanlah umur Mama & Ayah, kerana anak anak masih kecil & memerlukan kami berdua. Amin...

mama kembar 3
Buah hati, pengarang jantung...

8 comments:

  1. dah besar yer kembar ni.... comel2 belaka...

    ReplyDelete
  2. Bila sesekali layan drama sedih, anak2 pun turut terkesan sampai menangis.. pernah layan drama melayu dengan dak Nuha, dia boleh nangis sambil ambil tisu dan nak lap muka pelakon kat tv tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Allah hu akbar.. pandai anak2 mama.. cerite tu bagi kesan yang mendalam dekat derang..

    ReplyDelete
  4. kadang kalau anak2 cakap macam tu, kena jugak tokok tambah bg die lagi sayang kat kite, dengar cakap.. insaf sikit.. =) bagus nya sekolah tu..dah pupuk anak2 rasa sayang kan ibu bapa

    ReplyDelete
  5. salam Nani..bila baca entry ni teringat anak adaa..baru2 ni atuk diorang baru meninggal dan inilah kali pertama diorang tengok dari saat meninggal, kapan, kebumi..(yg umi dan abah adaa diorang baby lagi) ..kira kali tu lah baru faham..

    diorang selalu tanya, napa atuk tido sana, atuk baik kenapa atuk meninggal, ibu abah janganlah jadi atuk..

    exactly mcm anak nani tu..diorang dah faham erti ditinggalkan dan takkan berjumpa lagi..sedih bila dengar anak cakap gtu..moga Allah panjangkan usia kita dan anak2..

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  6. alahai sedihnya, kita kena ajar dah diorang kena terima hakikat yang kita akan jadi tua dan Allah akan panggil kita untuk kembali kepadaNya :) Kita tak nak diorang meraung atau menangis time kita meninggal. Bagi diorang kuat bila masa itu datang.

    ReplyDelete
  7. Alolo..comelnyer.. Suka tgok ank2 kmbar ni..huhu

    ReplyDelete