Jangan Jadi Atuk Nenek

Salam dears,
Dah beberapa hari si Fauzi dok cakap "Mama Ayah jangan jadi atuk nenek tau, jangan jadi atuk tau!". Cara dia cakap tu pulak, dengan nada sedih mendayu dayu, pleading...

Memula Mama tak paham jugak, apa yang dia maksudkan tu. But, I understood after he said this last nite - "Mama jangan jadi atuk tau, nanti lepas jadi atuk...masuk kubur.... Fauzi sayang Mama"...pastu dia datang peluk Mama & bergenang air mata dia.

Bila ditanya kenapa dia cakap camtu, rupa rupanya kat taska dia ada tengok drama, crita mak ayah budak ni dari muda jadi tua (jadi atuk). Lepas tu atuk tu meninggal (masuk kubur). Agaknya si Fauzi ni terkesan sangat dengan crita tu, sampai takut 'kehilangan' Mama & Ayah.

Owhhh syahdu betul rasa hati bila dia cakap & buat camtu. Sedih :-( *sob*sob*.

Untuk pujuk dia, Mama cakap tak lah, Mama Ayah muda lagi lah. Tapi...hmm...ntah lah. Muda atau tua, ajal itu boleh tiba pada bila bila masa.

Mama cuma mampu berdoa moga Allah panjangkanlah umur Mama & Ayah, kerana anak anak masih kecil & memerlukan kami berdua. Amin...

mama kembar 3
Buah hati, pengarang jantung...

Labels: ,