Berapa Wang Saku Untuk Budak Darjah 1?

Salam dears,
Tinggal seminggu je lagi si kembar 3 ni nak masuk darjah 1. Mama ketaq lutut yang amat dah ni. Ehhh anak nak masuk skolah, mak yang nerves?  Ishhh mesti la! Cuba tanya mak pak yang lain, mesti sama kan? Kan? Baik korang ngaku je hehehe

Setakat ni Alhamdulillah, 90% persiapan untuk ke sekolah dah ada. Tinggal nak beli stationaries & jahit lencana kat baju jer. Pastu nak tulis nama kat buku & balut buku. Banyak oiii buku nak kena tulis nama nih. Takpa, pelan pelan every nite tulis & balut, by next week siap laa kan? :-)

Cumanya skarang ni dok pikir, bila kat sekolah nanti, mesti si kembar 3 ni nak berbelanja makan minum kat kantin kan. Diorang pagi & tengah hari, akan makan siap siap kat transit. Kiranya minum petang je laa kat sekolah nanti. So berapa banyak duit belanja/wang saku nak bagi kat diorang? Berapa banyak yang sesuai untuk budak darjah 1 zaman skarang ni yer? 

Seingat Mama, masa Mama sekolah rendah dulu mula mula bawak 20 sen ke 50 sen sehari. Tu pun dah cukup beli air sirap/soya secawan + makan nasik or mee goreng sepinggan. Pastu masuk sekolah menengah, bawak RM1-2 kot sehari. Lebih daripada cukup, siap boleh beli jajan lagi hehehe. 

Tapi skarang ni, barang barang semua mahal. Nak beli roti bun kecik seketul pun dah 80 sen. Apatah lagi nak beli nasik or mee sepinggan kan? Kalau bagi RM2 ke RM3 sorang, cukup ke? 

Hmm parents yang lain, advise please. Kongsi kongsi kan lah, brapa RM korang bagi kat anak anak korang buat duit belanja kat sekolah? 

Labels: , ,