Sedikit Terkilan di Karnival Upin & Ipin 2014

Salam dears,
Demi anak ku gagah kan jua tadi...betul betul kena 'gagah'! Sebabnya tadi terpaksa angkat si kembar 3 yang beratnya dekat 20kg sorang ni, letak atas bahu for almost 30 minutes, semata mata sebab diorang nak tengok....

Upin & Ipin
Ultraman kat Karnival Upin & Ipin @ PICC

Upin & Ipin
Mama usung Fauzi, Ayah usung Fahmi. 
Nasib baiklah aii ni besar teguh peramah. Kalau cekeding, pitam dah kot time tu hehe

Upin & Ipin
Nasib baik ada En Zul ni yang dengan baik hatinya offer nak tolong angkat Faris. 
Padahal kitorang saling tak mengenali pun. Cuma bila dia tengok kembar 3, dia kesian kalau nanti sorang tak dapat tengok Ultraman. Baiknya hati dia kan. Thank you En Zul!

Orang teramat amat amattttlah ramainya tadi, sesak dewan! Ye lah dah laa Upin & Ipin, pastu ada Ultraman pulak, kegilaan budak budak kan tu. Memanglah mak bapak semangat nak bawak. Cam kitorang ni pun, disebabkan sian tengok si kembar ni tergedik gedik mintak nak tengok Upin Ipin Ultraman tiap kali kluar iklannya kat tv, tu yang sanggup pegi jugak tadi. Kitorang memang dah target nak tengok Ultraman Show yang kul 4 petang, so dalam kul 3 petang dah ada kat sana. Tak leh nak pegi lebih awal sebab ada majlis akad nikah cousin Ayah pagi tadi.

Upin & Ipin
Demi senyuman korang ni lah Mama sanggup gagahkan jua tadi...

Hmmm si kembar 3 ni memang puas hati lah tadi dapat tengok dengan mata sendiri Ultraman berlawan monster kat atas stage tu. Sepanjang dok tengok tu mulut kecoh dok sorakkan Ultraman tu "haa pukul monster, lawan...lawan! hebattt!" hehehe.

Tapi kan...Mama rasa venue tu kurang sesuai, dewan agak kecik, pentasnya rendah. Pastu ada plak booth yang dekat ngan stage so bila orang ramai, booth ni menghalang pandangan & menyebabkan tempat jadi lagi sempit. In my humble opinion, the organizer should have expected such a big crowd & be much, much better prepared for it.

Tadi Mama memang rasa risau & takut, sebab orang ramai bersesak sesak menolak sesama sendiri masa nak tengok Ultraman. Masa nak kluar dari dewan pun sesak yang amat, sebab pengunjung yang datang guna pintu yang sama untuk kluar & masuk. Rasanya tadi tak ada orang yang jaga pintu kluar masuk tu. Tak nampak pun anyone from the organizer yang jaga kat pintu tu, there was no crowd control! Hmm tatau laa kalau masa tu Mama yang tak nampak, ntah...

Seriously masa tu Mama dah terpikir yang bukan bukan dah, what if si kembar 3 ni terpisah dari Mama, camna nak cari dalam orang ramai camtu? Pastu what if masa bersesak sesak tu ada yang terjatuh kena pijak semua? Dah laa ramai budak budak, yang bawak baby, bawak stroller lagi. Ishhh horror! Alhamdulillah tak jadi anything unwanted. Kalau terjadi, jenuh lah Les’ Copaque & PICC nak menjawab...

Rasanya kalau nak buat something like this, it is better done in an open area, yang ada stage yang tinggi. Cam masa kat Alami Proton hari tu, area camtu lagi sesuai. Ataupun, kalau nak buat jugak kat dalam dewan cam tadi (maybe sebab musim hujan ni kan), pasang lah pentas yang tinggi & provide ample space untuk pengungjung duduk depan pentas tu. Kalau boleh jangan lah pasang booth dekat ngan area stage tu.

Pastu kan, dah laa ada Karnival Upin & Ipin ni, ada plak program lain kat PICC masa tu. Ada majlis convocation MAHSA & another event kalau tak silap Mama. So konpem laa orang jadi bertambah tambah ramai & sesak kat situ. Jalan jammed, parking pun konpem susah.

Kitorang ni tadi menapak jauhhhh jugak nak ke PICC tu. Semput termengah mengah gak lah tadi, sian kat budak budak kena jalan jauh, panjat bukit plak tu. So again, in my humble opinion, PICC should not have allowed a few big events to take place at same time & date. They should have advised the organisers to choose another date, or take only one event at one time. Bak kata orang tua tua, jangan tamak...nanti rugi ;-)

Anyways, disebabkan dah terlalu letih lepas 'angkat berat' 20kg tu plus menapak jauh panjat bukit, makanya lepas tengok Ultraman show tu Mama dah tak larat nak tengok benda lain lagi dah. Posing sedas dua, pastu balik!

Kalau next year ada lagi karnival ni...hmm...aii pikir 10 kali dulu kot sebelum pegi. Kalau buat kat PICC jugak, most probably tak pegi dah kot. Tapi kalau buat kat a bigger, more suitable venue, I might go again. Sebabnya anak anak anak suka Upin Ipin nih. And actually banyak aktiviti menarik tadi tau. Terkilan gak sebenarnya tak tengok aktiviti lain tadi, but nak buat camna, Mama dah lembik lutut nak patah pinggang dah huhuhu...


p/s - if ada orang Les’ Copaque & PICC baca post ni, harap korang jangan lah melatah plak ye. Mama bukan nak condemn ke kutuk ke apa ke. This is just my humble opinion & observation. Please take this as an input for you to improve wokeh?  Majulah sukan untuk negara..ehhh? hehehe ;-)

Labels: , ,