Rambang Mata!

Salam dears,
Rambang mata yang amat!  Camtu lah keadaan dak kembar 3 orang ni masa kitorang pegi kedai Book Excess petang tadi. Because that was the 1st time Mama Ayah bawak diorang ke kedai buku. 

Yup, dah umur 6 tahun baru merasa masuk a proper book store, sian kan huhuhu. Kalau takat tengok buku kat kedai runcit, kedai majalah or kat Carrefour tu biasa lah.  But not a proper book store cam Book Excess ni. 

Sebabnya sebelum ni Mama tak konpiden, takut diorang buat kecoh semua nak diangkut suh beli. Risau membayangkan 3 orang dak tecik meraung guling guling if tak dapat beli banyak. Nak senang, aii beli je buku sesuka hati aii bawak balik bagi diorang hehe.

Sronok plak tengok keletah diorang bertiga dalam Book Excess tadi. Nampak sangat excited & rambang mata. Kejap ambik buku ni, pastu letak balik ambik yang lain. Pastu tukar lagi ambik buku lain plak. Didalam dilema ler tu...bila buku banyak sangat tapi Mama kata leh ambik sorang satu je. Sian..sian...hehehe

But opkos akhirnya berjaya gak mengangkut lebih dari satu buku sorang. Abih tu, dah mak pak nya sian tengok diorang yang excited tengok buku. Takpa lah, ambik lah, demi nak pupuk minat pada buku kan. Nasib baik lah buku yang dipilih tu tak mahal sangat. Aii is sengkek hahaha

book excess
Si Fahmi terkejut tengok deco tema Halloween tu kat entrance, terus dipeluknya si Fauzi hahaha

book excess
Rambang mata!
Nak ke kiri ke kanan ke or ambik buku yang kat depan ni ehh?

book excess
Pilih...jangan tak pilih....

book excess
Mari membaca! 

book excess
Hasil tangkapan si kembar 3.
Kunun sorang satu buku je, tapi tengok lah brapa banyak yang diangkut balik.
Ish ish ish....ikut prangai sapa lah ni kan? ;-)

Hmm punya laa sronok si kembar ni & tak sabar nak balik baca buku tu semua, sampai kan Mama ajak singgah pi makan kat kedai roti canai fevret diorang pun dah tanak tau. Sanggup nak balik makan roti sapu coklat spread ja sebab nak cepat sampai umah hehehe

Bagus bagus, kena rajin baca buku ye sayang. Moga moga besar nanti korang rajin baca buku ilmiah laa yer :-)


Labels: , ,