Nak Jadi Cikgu Mama!

Salam dears,
Tahun depan si kembar ni nak masuk darjah 1 dah. Mama risau jugak, takut diorang tak boleh nak catch-up masa kat skolah nanti. Sebab semua kawan-kawan Mama kata kat skolah rendah skarang ni dah tak macam dulu dah, takdenya cikgu nak ajar kenal ABC ke kenal 123 dah.

Masuk masuk je cikgu expect budak budak dah pandai membaca & mengira, well at least dah tau basic nya lah. Mungkin sebab majoriti budak budak skarang ni kan dah ke tadika/prasekolah, so buat apa cikgu nak ulang balik ajar benda basic yang budak dah blajar dah kat tadika. Kang budak budak cepat boring plak kan.

Dari segi membaca & mengira, si kembar 3 ni masih blum cekap. Huruf & nombor semua memang diorang kenal. Membaca 2 suku kata tu boleh laa jugak, walaupun slalu terbabas hehe. Contohnya kalau eja B A = ba, C A = ca...tapi bila dicantum jadi perkataan tetiba yang disebutnya BACU...err lebih kurang camtu lah (tatau nak explain). 

Untuk nombor plak, kalau suh kira dari 1 sampai 100 pun boleh. Tapi mengira as in tambah & tolak, masih out lagi. Basic 1+1, 5+2, 10-5 camtu boleh laa jawab. Soklan yang complicated skit, susah skit nak jawab. 

Mama rasa kat tadika cikgu dah buat yang terbaik, memang nampak banyak improvement berbanding sebelum si kembar ni masuk tadika. Tapi disebabkan my darling boys ni ada sedikit masalah speech delay, diorang perlukan lebih perhatian. Stakat kat tadika je tak cukup.

Hmm part tu yang buat Mama rasa ralat sangat. Slalu rasa bersalah sebab tak luangkan lebih banyak masa untuk ajar diorang. Bukan tak ajar langsung, but...slalu rasa I should have done MORE!

Hari kerja memang ada few hours je ngan diorang. Balik keja dah lewat, bila sampai umah slalu penat & kelam kabut dengan housework lagi sebab aii tadak helper kat umah. So kadang kadang nak spent 30 minit dengan diorang pun susah *sob*sob*. Bila buat latihan pun, mostly Mama lebih banyak buat aktiviti untuk bantu improve diorangnya speech delay ikut apa yang diajar oleh speech therapist.

But no choice now I have to improve! Masih ada masa untuk fokus ajar si kembar ni sebelum mula skolah. Tambahan plak bulan Disember ni tadika dah cuti, tak boleh dibiarkan diorang 'cuti' tanpa blajar langsung kan. Kang masuk darjah 1 nanti abih lupa dah semua yang blajar kat tadika tu, lagi masalah nanti kan. 

So aii harus lah jadi Cikgu Mama & buat jadual pembelajaran kat umah, everynight without fail must spent at least 30 minutes with si kembar. 1 hari 1 subjek. Wajib tau jadi Cikgu Mama! *note to self*

Dah lama beli buku ni tapi sampai skarang tak buat huhu
Mesti habis kan buku ni sebelum masuk darjah 1 tau Cikgu Mama!

Labels: , , ,