MamaKembar3 Dah Ada Name Card!

Salam dears,
Setelah 4 tahun berblog, akhirnya Mama buat jugak name card for myself as a blogger, wuuhuuu! :-)

Sebelum ni tak pernah terpikir pun nak buat, sebab Mama berblog sekadar suka suka je. But recently dapat invite untuk event Genius Pa&Ma this Sunday & also a few things yang rasanya macam menampakkan mungkin blog ni boleh dijadikan lebih dari sekadar my online diari, mungkin.... 

Bila dapat semua tu, aii terblur tatau camna nak handle hehe. Terus dengan tak malunya email kat blogger fofular Ben Ashaari tanya pendapat & advice. Happy yang amat bila Ben sudi berkongsi ilmu (thanks Ben!). Pastu Ben pesan nanti masa event bagilah name card pada orang yang hadir. Aiyooo aii name card pun tadak, how laa huhuhu

So pagi smalam kelam kabut Google cari kat mana kedai yang boleh buatkan kad last last minit camnih. Nasib baik ada 1 kedai dekat area opis Mama, leh siap in 1 hour ja after confirm artwork. But...masa tu artwork pun tadak lagi! Again, I'm lucky bila my good friend Elina nak tolong designkan name card tu, legaaa sangat.

And hasilnya....

name card
Simple & nice, just like me...ehh? Hahaha
Thank u Elina :-)

FYI pic header blog ni yang digunakan on the namecard was designed by Sandra Adzwan, fashion designer yang tengah mencipta nama skarang nih. Sila lah jeles hehehe. Nak tau camna Mama leh dapat header tu, leh baca entry INI yer.

Hmm rasa cam tak percaya pun ada gak ni...buat namecard as a blogger, macam something serious je. Errr camna ehh nak distribute kat orang nanti? Aii ni pemalu *blush*. Dalam blog boleh pot pet pot pet, tapi kalau jumpa depan depan kadang kadang kelu lidah untuk berkata kata, gadis ayu gitu muahahahah *muntah!*

Labels: , ,