Botol Ohh Botol

Salam dears,
Malam smalam sebaik Mama Ayah sampai kat taska, si Fauzi meluru kluar sambil menangis teresak esak. Sedih, sayu, pilu je gayanya.

Katanya si Fahmi buat dia. Siap ugut tanak masuk keta, tanak balik umah. Nak tido kat taska! Yang Fahmi plak buat muka kering je...nak nangis? Nangis laa ko dik oii.

Bertambah menjadi jadi laa si Fauzi ni nanges. Berkali kali pujuk baru dia nak masuk dalam keta. Sambil dia dok sok sek sok sek nanges tu, Mama pun soal siasat lah, apa yang Fahmi dah buat kat Fauzi? Rupa rupanya...

Fauzi: Fahmi tu dia buang botol!
Mama: Botol apa?
Fauzi: Botol Fauzi!
Fahmi: Tak lah. Tu botol cikgu lah!
Fauzi: Cikgu suruh Fauzi buang. Tapi Fahmi ambik buang dulu! Huwaaa...huwaa...*nanges lagi*

Lerrr itu je? Adehhh...Mama tatau nak marah ke nak gelak. Pasal sapa buang botol pun korang nak gaduh? Ish ish ishhh...anak ohh anak *geleng kepala*

Si kembar ni memang slalu camni, sekecik kecik benda pun leh jadi penyebab gaduh. Kadang kadang tu benda yang cam tak logik je tau.

Hmm gaduh nya beria ia, tapi kejap je pastu dah elok balik. Boleh plak duduk ramai ramai mengunyah biskut. Dah no hard feelings ke tu?

Korang saja suka suka gaduh nak bagi Mama fenin ehh sayang? Ke korang saja nak mencabar kesabaran raksaksa gorgon ini? Hehe ;-)