Bila Anak Dah Pandai Menjawab!

Salam dears,
Si Fahmi ni kan, kalau bab menjawab kita tegur, memang no 1.

Smalam masa tengah dia dok main menan, dia nak yak & terus pi toilet. Masa dia kat dalam toilet tu Mama pun bising laa tengok menan yang bersepah serata umah & pesan dah sudah yak nanti tolong kemas!

So bila dia kluar je dari toilet, dengan tak pakai towel, tak pakai sluar, terus dia pi kemas menan. Sambil kemas, sambil main menan tu jugak. Bila tengok tu Mama pun bising lagi, suh pi pakai sluar. 1st time suh, dia buat tak dengar je. 2nd time suh, dia buat dek lagi. Bila kali ke-3 suh, apa lagi sora raksaksa gorgon ni pun ada tinggi laa skit "apsal tak pakai sluar ni? Tak malu ke?!"

Terus si Fahmi ni jawab "Ye la, ye laa Fahmi nak pakai sluar laa ni. Tadi Mama yang suruh Fahmi kemas menan kan? Tadi Mama yang suruh kemas kan?" Dengan nada annoyed & muka apa-la-Mama-ni-nak-cari-gaduh-ke nya look.

Adehhhh...ye laa memang laa Mama suh kemas, tapi kot ye pun pi laaa pakai seluar dulu nak oiii! Haishh sabarrr je la. Camni lah bila anak anak dah pandai menjawab kan? Boleh kasi fenin kepala! *sigh*