Work Delegation

Salam dears,
Si kembar ni kan sangatlah 'rajin' buat semak, bersepah satu umah ngan barang diorang. So Mama n Ayah cuba untuk terapkan prinsip 'sapa buat semak, dia yang kena kemas'. Kununnya camtu lah, tapi slalunya end up Mama gak yang kena kemas *sigh*

Anyways, sebelum masuk tido smalam Mama suh laa diorang kemas barang barang diorang dulu. "Sapa tak kemas, tak leh tido!" Raksaksa gorgon bagi arahan dengan sora garang & muka serius habis laa nih.

Tapi raksaksa gorgon terus tersengih bila dengar si Fahmi sepantas kilat bagi arahan "Ok guys...jom kemas! Fahmi kemas Lego, Faris kemas menan, Fauzi kemas buku!"

Amboi...lain orang lain tugas, barulah cepat habis kan. This is what we call team work  & work delegation uolls. Bijak...bijak... hehe ;-)

Apa yang penting?
Kerjaaaasama! 
Delegate okeh...work smart bebeh ;-)

Labels: ,