Celebrate Birthday Si Kembar 3...

Salam dears,
Hari Khamis lepas kan birthday si kembar, so lepas balik keja kitorang pegi umah parents in law Mama a.k.a. Atuk & Nenek untuk celebrate potong potong kek. Bukannya buat makan makan ke parti ke apa, saja je nak bagi meriah skit potong kek ramai ramai. Here's a few pics buat kenang kenangan :-)

Tak dapat kek Boboi Boy yang dimintak, kek coklat pun jadi lah.
Nasib baik si kembar ni tetap excited yang amat bila tengok kek ni *lega*

Diorang dengan penuh semangatnya pakat nyanyi 
lagu Happy Birthday untuk diri sendiri heheheh

Tak sabar sabar nak bukak hadiah.
Errr hadiah terpaksa letak dalam plastik sampah camtu sebab nak 'sembunyikan' daripada diorang masa bawak turun dari umah ke keta ;-)

Kasut Transformers from Mama & Ayah :-)
Ehh bukan kasut tu leh transform, takat ada gambar Transformers je hehe

Mari melompat yeehaaa!
Apsal lompat? Sebab nak bagi lampu kasut tu menyala tu haaa

 Stationary set from Uncle Ery & Unty Zimah.  Thank u muah muahhh!

Si Fauzi ni yang paling smangat pakai party hat tu tak bukak bukak sampai ke sudah hehehe

Kununnya nak simpan stationery set tu guna masa masuk Darjah 1 tahun depan.
Tapi pakat dah tak sabar, terus dah rasmi guna dah :-)

Yang tak tahannya kan, masa dapat je hadiah from Mama Ayah, si kembar ni punya excited tengok kotak tu ada gambar Transformers & diorang ingat tu menan. Bila dah bukak tengok kasut, pakat frust kata "kasut ja? kenapa tak beli menan?". Adehhh...asyik nak menan je korang ni ehh?

Nasib baik bila Ayah kasi demo skit camna tapak kasut tu ada lampu, baru masing masing teruja.  Baru lah nak try pakai kasut tu...pastu pakat dok lompat si katak lompat nak bagi lampu kat kasut tu menyala hehehe.  Pastu bila dah pakai tanak bukak. Fahmi few times tanya boleh pakai pegi skolah tak? Tu nak menayang kat kawan kawan dia ler tu hehehe :-)

Labels: ,