Camna Mama Bagi Si Kembar 3 Berhenti Minum Susu Botol?

Salam dears,
Perghh panjangnya tajuk! hehe.  Bukan apa, masa dok skodeng Facebook Genius Pa&Ma, terbaca discussion bout anak yang masih hisap susu botol walaupun dah nak masuk darjah satu. Terus tringat alkisah 'trick' Mama masa nak bagi si kembar 3 ni brenti minum susu dalam botol.  

Dak kembar 3 orang ni Mama rasa boleh masuk kategori lambat stop menyusu botol gak ni, sampai umur dah nak masuk 5 tahun pun tanak minum susu dalam cawan. Musti mau botol jugak. Banyak kali gak laa Mama cuba nak stop kan, ye laa cam tak macho laa dah besar panjang, tinggi lampai, tapi dok nyonyot botol susu lagi, ye dak? ;-)

Anyways, macam macam trick aii buat tau. Bila sapukan benda pahit/pedas (tak ingat dah apa bendanya) kat puting botol tu, diorang suh basuh sampai bersih. Buat trick kata botol dah hilang ke tertinggal kat kampung ke, diorang suh beli baru plak. Hmm macam macam lagi laa Mama buat, tapi semua fail!

Sampai laa trick yang last skali baru berjaya.  Nak tau apa trick nya? Skali tu bila diorang dah minum susu, Mama ambik botol diorang tu sorang satu & tak basuh. Mama biar berhari hari sampai susu basi, berkeladak, kuning, kotor giler dalam botol tu. Seriously, bila tengok memang geli sangat! 

Satu malam lepas diorang minum susu, Mama suh letak botol dalam sinki.  Time diorang tido Mama pi tukarkan botol yang baru abih minum tu dengan botol yang dah kotor, botol yang aii dah perap berhari hari tu. Esok pagi bila diorang mintak nak minum susu, Mama tunjuk botol yang dah kotor tu. Bila diorang tengok tu, masing masing pakat geli geleman!

Aii siap berdrama "alamak susu basi! botol ni dah kotor! tengok ni, ada ulat laaa! gelinyaaa!" camtu laa lebih kurang drama swasta aii buat hehehe. Pastu Mama tanya, nak minum dalam botol ke? Kalau nak kena guna botol ni, tapi dah kotor sangat ni. Korang basuh sendiri laa, Mama geli ada ulat nih. Kita buang je laa nak tak? Korang minum dalam cawan je laa nak? 

Terus masing masing pun ok ok kita minum dalam cawan lah! hahaha! Pastu Mama suh diorang buang sendiri botol kotor masing masing dalam tong sampah, sambil bagi pesanan penaja "lepas ni dah tadak botol tau, ni korang sendiri yang buang ni tau".

After that, kalau diorang mintak susu botol pantas je aii jawab "kan hari tu korang dah buang? botol yang kotor ada ulat tu...". After a few times, langsung tak dak tanya or mintak nak minum dalam botol dah, yayyy trick aii berjaya! Mama pandai...Mama pandai! hahahah ;-)

Labels: ,