VCO Untuk Fahmi

Salam dears,
Mama baru tringat yang Aisy Nasiha mintak share kan nama & pic virgin coconut oil (VCO) yang Mama sapu kat kulit Fahmi untuk masalah eczema dia tu. Kalau nak tengok pic Fahmi masa kulit tengah merah merah ada kat SINI & pic kulit dah elok skit lepas 4 hari pakai vco ada kat entry INI.



Mama guna brand Bio-Rich (dulu known as Bio-Asli), beli dari kawan Mama je. Kalau nak beli online pun boleh, ada jual kat website Bio-Rich. Sebelum ni Mama beli yang perasa lemon, botol kecik but guna buat minyak rambut and skali skala je sapu kat kulit. Skarang dah tau sesuai untuk kulit dia, beli botol besar terus 300ml tu harga RM70. Tak lah mahal sangat kan. Rasanya boleh tahan lama gak tu, sebab pakai skit skit je. Mama sapu kat kulit dia 2 kali sehari lepas mandi. 


Pernah gak sapukan yang brand ni masa yang Bio-Rich tu blum sampai stok, rasanya kat Giant or AEON Big pun ada jual. Tapi Fahmi tak suka, dia komplen busuk sebab bau kelapanya kuat sangat. Tekstur nya pun lebih pekat so rasa sticky skit.


Alhamdulillah selepas 2 minggu lebih guna VCO ni, kulit dia dah cantik berseri balik dah hehe. Ubat allergi dah tak minum dah. Harap moga moga terus elok laa kulit si Fahmi ni kan, InsyaAllah :-)

Labels: , , ,