Dah laa masa photoshoot tu Mama kena bukak spek, ye laa dah sakan makeup mata, tak kan nak pakai spek nanti tak nampak laa bulu mata lentik lentuk aii tu kan. Mama ni rabun tahap gaban, so bila tak pakai spek memang semua blur nampak bayang semata. Nak marah budak tecik yang mana satu pun terkonpius tersilap orang! hehehe
Harap harap ada laa shot yang elok yang boleh guna, kalau tak sia sia je aii kena tepek makeup 3 inci tu tau. Mama ni kan jenis tak reti nak bermake-up bagai, biasa tepek bedak skit, calit eyeliner skit, dah siap. So smalam bila kena duduk diam diam setengah jam nak makeup nye pasal, terkebil kebil gak laa pedih mata kena habuk eyeshadow masuk mata. Pastu rasa cam nak bukak mata pun susah sebab berat bulu mata palsu hehehe.
Yang klakar nya kan, masa memula si kembar tengok makeup tu, terus masing masing buat muka cam eh-mak-aku-ke-tu-apsal-pelik-sangat and tanya "apsal muka Mama jadi macam tu?" Hahaha! Masa tu blum letak lipstick so muka aii cam hantu kot, imagine je laa mata hitam pekat, bulu mata panjang lentik, pipi pink, tetiba bibir pucat lesi, memang ler weird kan hehe. Bila dah pakai lipstick baru diorang kata cantik *wink*wink*
Pagi tadi kan masa Mama dok bersiap, si Faris datang borak borak cakap "smalam tu mata Mama hitam, pipi Mama pink, mulut Mama merah, cantik..." Chewahhh... ;-)
Sedondon :-)
Sronok sangat si kembar dapat macam macam goodies.
Thanks Kak Nor!
Nantikan kemunculan kami...yeehaaa! ;-)
Anyways, yesterday was such a wonderful experience. Merasa laa jugak berphotoshoot untuk majalah. Thanks so much to Kak Nor and d geng sebab bersabar ngan kitorang smalam hehe.
InsyaAllah majalah
Genius Pa&Ma akan kluar bulan Oktober ni. First issue tau tu...korang jangan lupa beli tau nanti. Leh tengok muka aii yang kena tepek makeup 3 inci tu hehe. Camna laa rupa Mama dalam tu nanti kan, ntah ada rupa Mama ke or jadi cam rupa someone else terus? Err yang konpem kemontelan ku mesti terserlah hehe... Ishhh nebes gak nih *bites nail* Si kembar? Diorang tak yah risau, maintain comelsss hehe..kasi can laa aii puji anak sendiri :-)
Hmm dah bergambar sakan, kini tibalah masanya untuk menjawab soalan soalan yang reporter tu bagi. Errr apa aii nak jawab ni ehh? *garu kepala*