Si Kembar Tiga LIKE Ini # 7

Salam dears,
Dah lama tak crita tentang apa yang si kembar ni LIKE kan? Well...ni makanan yang si kembar suka dan Mama pun suka. Sebab senang yang amat senang nak dimasak, sesuai untuk orang yang malas masak cam aii hehe ;-)

Nasi Goreng Sardin - senang & sodappp!


Maap laa yer pic tu tak lawa, Mama memang tak pandai ambik pic makanan.  But basically nasi goreng sardin yang Mama buat & si kembar ni suka camtu lah, amat lah simple.  

Caranya - tumis bawang putih & bawang merah, goreng ikan bilis sampai garing skit (letak banyak sebab si kembar suka), masukkan sardin 1 tin saiz sederhana yang ikannya dah dihancurkan skit skit, masuk ngan kuah semua skali (Mama pakai sardin Ayam brand), masuk 1/4 kiub ikan bilis, goreng sampai sardin tu masak, pastu masukkan nasi & garam secukup rasa.  Siap! Senang kan?  Kalau orang lain mungkin masukkan cili potong ke apa ke. But Mama tak, sebab kang si kembar ni tanak makan plak.

Kadang kadang makan camtu je, kadang kadang ngan ikan goreng or telur goreng gebu.  Ikut mood diorang lah nak makan ngan apa.  Janji diorang suka and makan bertambah tambah, aii happy :-)

Makan sambil ngadap tv, sedar sedar licin semangkuk nasik hehe

 Kitorang LIKE nasik goreng sardin! ;-)

Labels: , ,