Teruknya Demam Denggi...

Salam dears,
Lebih kurang 2 minggu lepas Mama kena demam denggi. Alhamdulillah skarang dah sihat. Tapi memang akan jadi kenangan lah sampai bila bila.  Hopefully, never again.

Tak sangka teruk betul rasanya kena demam denggi ni. Sakit satu badan, rasa sengal sengal sendi semua, kepala sakit, tak lalu makan minum, asyik muntah and cirit birit je, rasanya lebih dari 10 kali sehari. Sampai rasa nak duduk je dalam toilet tu. Memang rasa totally drained, lemah.

Memula ingatkan Mama demam tumbuh gigi. Yup, dah 'matured' ni pun geraham bongsu aii dok tumbuh lagi. Gusi terkoyak & infected. So pi klinik doc ingatkan demam sebab tu. Masa tu Mama heran gak, apsal laa kali ni demam rasa lain macam. Tak pernah lembik sampai camtu skali. Sampai aii pitam tau.

Nasib baik masa pitam tu Ayah ada kat umah. Yang kelakarnya, bila Mama tersedar, dengar kembar 3 dok jerit "Ayah, Mama dah mati!... Mama mati ke Ayah?". Agaknya diorang tengok Mama terbaring atas lantai tu diorang tatau istilah pengsan, yang diorang tau mati jer. Bertuah punya budak budak kan? hehehe

Bergegas pegi hospital terus kena masuk wad and pasang drip. 5 hari dok wad, 3 kali kena cucuk tukar drip sebab tangan asyik bengkak. Tiap hari cucuk ambik darah. Nurse kata biasa lah tu kalau kena denggi. Bila Mama dah rasa ok skit, asyik dok tanya doctor bila leh kluar, dah boring dok wad hehe.

Lepas kluar wad, dapat MC 5 hari untuk rehat kat umah. Alhamdulillah Mama cepat gak sihat balik.  Maybe sup ketam berkesan untuk Mama kot. 3 hari berturut turut makan sup ketam, walaupun Mama tak minat ketam. But dah orang kata petua untuk denggi ialah sup ketam, telan je lah.  Masa follow-up check, doctor kata platlet dah naik ok balik. Cuma fungsi hati je yang blum back to normal, but it was not at an alarming rate.  So kira ok lah tu. Alhamdulillah :-)

Bila masuk keja agaknya Mama nampak sihat segar bugar je, ofismate pakat tanya "betul ke u sakit masuk wad, confirm ke u kena denggi?". Sebab ada yang pernah kena denggi, took almost 2 months to fully recover. Yang paling tak tahan, "kata sakit denggi, apsal tak kurus pun?". Cissss! Hampeh :-p

Masa Mama kat wad ada wakil pihak Kementerian Kesihatan call tanya macam macam soalan - tinggal kat mana, keja area mana, ada pegi bercuti kat mana mana ke, bila balik keja slalu singgah mana mana ke etc etc.   

And hari Ahad lepas dah ada staff Kementerian Kesihatan datang buat fogging kat umah Mama. Habis satu umah berbau & lantai berminyak minyak. Terpaksa mop lantai sampai 4 kali tau.  Tikar getah evamat plak dah mop 4 kali pun tak hilang gak rasa berminyak.  Last last Mama cuci ngan wet wipes, berkali kali tonyoh baru hilang. 

Dah laa pagi tu Mama baru je all out kemas umah (vakum, mop lantai, cuci toilets etc etc). Letih yang amat! Terus lenguh lenguh balik satu badan, semput sebab bau asap fogging tu & rasa cam demam. Isnin pegi ofis, lemah je rasa.  

Hmm masa lepas kena denggi masuk opis penuh semangat, lepas umah kena fogging masuk opis jalan pun seret kaki je, letih mop lantai hahaha ;-)

Anyways, pesanan penaja daripada orang yang dah pernah kena denggi - JAGA KEBERSIHAN...HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI!

Source: http://redmummy.com/2011/10/31/tiada-aedes-tiada-denggi/

Labels: