Tadak Kesedaran Ke?

Salam dears,
Kitorang kat kolam presint 2 ni lagi. Biasalah, aktiviti fevret si kembar ni, Mama Ayah layan kan je :-)

Yang tak syiok nya kali ni ialah ada laa plak parents yang datang sini bawak anak anak kecik tapi yang bapaknya tadak kesedaran sivik langsung!

Boleh plak si bapak tu sambil bawak anak kecik masuk kolam, sambil merokok! Yup, dia selamba je merokok dalam kolam yang dipenuhi budak budak. Tadak kesedaran langsung! Kot ye pun nak merokok, pegi laa tempat lain. Sakit hati Mama tengok. Mama jeling jegil bijik mata besar besar tengok dia.

Dah...nak suh si kembar mandi cepat cepat and balik! Lenkali kita datang lagi. Harap harap next time tak dak lah orang yang 'kurang bijak' camni lagi dah *geram*